Selasa, 17 November 2009

vice versa

Dalam dunia ni, Allah jadikan setiap makhluknya berpasangan. Ada lelaki maka ada wanita, ada jantan pasti ada betina, ada kiri ,kanan juga turut serta. Ya, tiap yang hidup itu berpasangan. Namun pernahkah kita berfikir dan merenung hakikat penciptaan itu? Sejauh mana kita mensyukuri nikmatNya yang sangat bernilai ini.

Kerana berpasang-pasangan ini, maka Allah wujudkan perasaan cinta dan sayang di hati makhlukNya antara berlawanan jenis. Maka wujudlah cinta romeo dan Juliet, kisah Qaisy dan Laila dan bermacam kisah cinta lain yang direka manusia untuk memperlihatkan betapa agungnya kuasa cinta itu. Ya, sangat agung sehingga mampu membuat manusia buta untuk menilai mana baik dan buruk sehingga setiap yang dilakukan adalah kerana perjuangan cinta sejati kononnya. Bahkan demi membuktikan cinta sejati ini, segala-galanya sanggup digadaikan hatta maruah dan body sendiri dan akhirnya kedengaranlah suara tangisan bayi di tempat pembuangan sampah, masjid-masjid kerana perbuatan kejam si ibu yang tidak berhati perut. Baru ni, kes tanam bayi hidup-hidup disiarkan di akhbar. Ya Allah, Kau siramkan hidayahMu di hati pelaku ini. Kasihani mereka Ya Allah.

Maka saat ini setiap orang akan menuding jari. Yang lelaki terus menyalahkan wanita. Yang wanita terus menghentam lelaki. jadi akhirnya, siapa yang salah?

Wahai kaumku..para wanita, perempuan, gadis dan muslimah juga diriku…

Dimana malu kalian? kalian tahukan, sesungguhnya Nabi pernah bersabda bahawa antara fitnah terbesar umat akhir zaman ini adalah dajal dan wanita. Kita adalah fitnah terbesar sahabatku. Maka seharusnya kita menjaga diri dari terus menjadi fitnah. Kerana wanita, firaun menerima Nabi Musa, kerana wanita kerajaan bergoyah, segalanya kerana wanita. Tidakkah sahabat sekalian teringat akan kisah wanita di zaman jahiliah dulu? Kita diletak ditempat paling bawah. Sehinggakan apabila seseorang mendapat anak perempuan maka akan hitam mukanya kerana menahan marah lalu ditanam hidup-hidup. Namun islam datang dan mengangkat wanita di tempat teratas sehingga dikatakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Tapi akhirnya, kerana malu dengan ajaran agama kalian sanggup menjadi hina kembali. Tidak malukah kalian berjalan memperlihatkan badan kalian yang indah dan telah di amanahkan Allah untuk dilihatkan kepada muhrim kalian sahaja? Kita marah apabila digelar perempuan sundal, perempuan murah. Tapi adakah kita pernah renung kembali setiap perbuatan yang menyebabkan gelaran itu diterima? Renungkanlah sahabat sayang juga wahai diri….

Sahabat,
Perempuan yang baik adalah yang menjaga kehormatan dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Wanita yang menjaga kecantikannya dari dilihat orang bukan muhrim. Yang memelihara dirinya dari menjadi fitnah kepada dirinya dan orang-orang di sekeliling. Dan yang mencintai Allah melebihi segalanya. Yang menjadi tulang bagi perjuangan dakwah sang adam. Sesungguhnya permata yang disimpan di dalam kaca yang tak mampu dipegang manusia lain adalah sangat berharga berbanding permata yang disentuh-sentuh berbagai jenis manusia. Wahai kaumku sayang, kembalilah kepada jalan Allah, jalan agama yang benar. Jalan menuju kebahagiaan abadi. Usah risau andai kalian tidak bertemu jodoh di dunia kerna nanti di Akhirat, Allah telah sediakan pasangan untuk kita. Sesungguhnya Allah itu Maha penyayang dan Maha Pengampun. Kembalilah ke jalanNya. Kembalilah..

“ Wahai putriku, demi Allah..jangan engkau percaya kata-kata SEBAHAGIAN lelaki bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Bicara denganmu seperti SAHABAT & apabila bercinta denganmu seperti teman akrab. Sebenarnya mereka BOHONG!!! Jika engkau mendengar sendiri perbualan mereka, pasti engkau takut dan ngeri. Hanya ditanganmu pintu segala kebaikan & bukan ditangan kaum lelaki.” –Ali Thantawi-

Wahai kaum Adam..para lelaki, teruna, dan muslimin.

Kalian dianugerahkan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Tapi mengapa kalian sering meletakkan nafsu di tempat teratas?? mengapa tidak digunakan 9 akal itu untuk melawan 1 nafsu itu?? Ya kuasa nafsu sangat hebat sehingga menjadikan manusia lupa pada hukum Allah. Bahkan membuat manusia buta menilai mana baik dan buruk. Kerana kurniaan 9 akal, Allah telah menetapkan bahawa kalian lah yang menjadi pemimpin. Pemimpin bagi kaum wanita yang dikurniakan 9 nafsu 1 akal. Kalian jugalah yang akan dipersoal dihadapan Rabb nanti tentang tanggungjawab kalian terhadap wanita. Kalian lah yang seharusnya membetulkan tulang bengkok kaum wanita ini. Tapi kenapa kalian gagal? Kenapa kalian lebih mengutamakan nafsu kalian? dimana hilangnya pemuda harapan bangsa yang seharusnya menjadi tunggak kea rah kegemilangan islam?? Sedang di hadapan tv/laptop/computer menonton cerita porno?????? Sibuk mengurat para gadis untuk dijadikan pemuas nafsu kalian????? sedang lena berkhayal tentang perkara yang tak sepatutnya difikirkan???? Sedang sibuk dijalanan menempah maut??? Dimana manfaat ilmu yang telah kalian pelajari??? Sekadar belajar tanpa amal. Sangat rugilah kalian..Bangunlah wahai lelaki… buka mata kalian..lihat kebenaran..

Maaf wahai kaum adam. Mungkin teguran ini agak sinis. Bunyinya seolah-olah aku benci kalian. tapi, siapalah aku ini untuk membenci kalian. kalian juga seperti ku.HambaNya yang lemah lagi tak punya apa-apa. Aku cuma membenci segelintir kalian yang tidak menghargai kelebihan yang dikurnia Allah. Benci segelintir kalian yang lebih mengutamakan nafsu melebihi 9 akal kalian. jangan salah faham, aku tak pernah mengatakan bahawa aku benci semua yang dikategori lelaki. andai aku benci lelaki bererti aku membenci ayahku, adik lelaki kesayanganku jua Rasulullah s.a.w kerana mereka lelaki..Nauzubillah, tak pernah terlintas dihati. Bahkan aku sangat mencintai mereka ini. Ini hanya teguran kerana sayangku pada umat ini..dan ingat ini..sexy is an offense to me!!..pada yang berkenaan..faham-faham lah...............


Ya Allah, tuhan yang Maha Agung, yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kau limpahkanlah hidayahMu pada tiap-tiap nafas muslim didunia ini. Jadikanlah kami hambaMu yag sentiasa taat pada perintahMu. Naungi kami dengan kasih sayangMu Ya Allah. Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami kembali..Ampuni kami Ya Allah…..

Arrijal Impianku..

Aku mengimpikan seorang rijal yang memandangku bukan kerana..
Kecantikan, kekayaan, kelebihan, susuk tubuhku, siapa aku atau apa saja yang berbentuk dunia..
Kerana aku sangat pasti…
Ia akan hilang dan susut ditelan masa…

Tapi kerana..
Agama yang ada padaku..

Kerana pasti nanti,
Cinta itu dilandasan syariah Islam yang ku sanjung..
Juga cinta kerana Allah..

Ya Allah, Kau tautkanlah hatiku dengan seseorang yang mencintaiMu melebih segalanya agar bertambah kecintaanku padaMu..Rindukan aku seseorang yang rindu untuk syahid di jalanMu agar aku tidak lalai di dunia ini..Bantulah aku Ya Allah..Ya Rahman, jauhkan aku dari niat jahat manusia..hijabkan aku dari pandangan jahat mereka…hanya padaMu aku berharap dan bersandar…sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan