dengan kuasa bulan, aku menghukummu..
ini lirik dia..silakan untuk nyanyi sama-sama (^____^)
Maafku tak pernah berterus-terang.
dengan kuasa bulan, aku menghukummu..
assalamualaikum
2010 sudah pun melabuhkan tirainya..lembaran 2011 pula menyapa..saya sangat suka tarikh untuk permulaan tahun baru ini 1.1.11..unik kan..saya berharap semoga tahun ini juga seunik tarikh permulaannya..dan berharap berlaku keajaiban kepada saya..mungkinkah putera idaman saya akan memunculkan diri? haha angan-angan saja ye (gara-gara menaip sambil menonton enchanted..hehe)..
rumusan saya untuk tahun 2010..herm, banyak perkara baru yang saya terokai..dan perkara baru itu satu pengalaman bermakna untuk saya gunakan bagi perkara baru yang lain pula..azam saya untuk tahun yang baru ni? saya mahu jadi seorang yang terbaik untuk orang disekeliling saya..terutamanya untuk keluarga saya..dan pastinya terbaik untuk Dia dan dia yang tak diketahui siapa..huhu
bila masuk tahun baru bermakna umur semakin meningkat..bermakna saya sudah dikategorikan dalam umur 12 tahun(sila terbalikkan sendiri ye..hehe)..walaupun tarikh sebenar untuk saya mencapai umur tu lambat lagi..bak kata mama saya..law kawen ni dah beranak pinak..haha..oh mama, anak mu ini maseh mahu hidup membujang untuk kejar cita-cita dulu..hehe..bila umur meningkat, maka matang perlu ada..terutama sekali matang dalam menghadapi ujian hidup..sebab hidup bukan macam fairytale yang berakhir dengan “and finally they live happily ever after”..dan sebab ujian dan dugaan yang datang itu suatu rahmat dari Dia..tanda kasih sayangNya..oh sungguh beruntung kamu yang diujiNya..
saya berharap apa saja yang saya lakukan adalah untuk Dia..dan cinta kepada Dia semakin dalam..bermakna, saya perlu mujahadah untuk ke arah itu..maka saya mahu jadikan 2011 suatu titik positif untuk saya sampai kepada harapan-harapan saya..insyaallah..usaha kuat wahai diri (^___^)..
oh ya, penutup tirai saya untuk tahun 2010 adalah bermain air di sungai congkak bersama cik teha di sungai congkak..sangat hepy masa tu..dan eksperimen cik teha untuk menegakkan batu menyedarkan saya bahawasanya..sesuatu yang mustahil itu adalah tidak mustahil untuk diatasi..yup..i belive impossible is possible to overcome (tetbe masuk lagu miss delta pulak..eheh)..
Pinky gurl (^__^)
cik teha bersama hasil karya agungnya..hehe
dan permulaan tahun ini pula saya berjalan bersama cik nadzeerah, teman saya semasa sekolah rendah..oh, sangat lama tak berjalan bersama..sepanjang jalan kami berborak..saya heppy (^___^)..tapi hari ni saya terlupa bawa bloggie, maka ia tergambar dalam memori saya saja la..hehe..oh ya, cik nad sayang..ada reunion lagi please ring me k..wanna join this time..
alhamdulillah untuk semua nikmat yang Kau kurniakan ya Allah..ku mohon agar nikmatMu ini mendekatkan aku kepadaMu..untuk tahun mendatang ini, kurniakan kasih sayangMu kepada sekalian hambaMu ya Allah..ku mohon agar Kau melimpah rahmatMU buat sekalian umat Islam terutamanya mereka yang aku sayang…dan hambaMu ini berharap semoga segala urusan umat muslini dipermudahkan ya Rahman..ameen
p/s : enset masuk air..hadiah taun baru..huhu (T______T)
alhamdulillah, deposit tempat sudah selesai..
malasnye nk balik kolej..
bila la result saya nak keluar ni..adeh..
duit oooo duit..
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
assalamualaikum..
semasa saya membalas komen-komen di ruang sembang saya, cik jana tinggalkan 1 link pada saya..bile saya bukak, link itu tentang contest i need an answer..due date yang diberikan hujung disember ni..cara nak join contest hanya jawab soalan yang diberikan..dan soalan itu adalah:
"bagaimana nak jadi baik kalau semulajadinya jahat??dan berapa harga kebaikan??"
ok, ni jawapan saya..
setiap manusia itu dicipta bersama satu fitrah..fitrah yang ada dalam setiap individu..iaitu fitrah ke arah kebaikan..maka, tiada istilah semula jadi jahat..dan begitu juga tiada manusia sempurna dan maksum melainkan nabi Muhammad s.a.w..kerana baginda dilindungi Allah dari mebuat kesilapan..tapi manusia itu perlu sentiasa membaiki diri ke arah yang lebih baik..
proses untuk menjadi baik itu perlu mujahadah..ya, mujahadah yang sangat kuat..mujahadah itu pula perlu usaha dan doa..Muhammad b Abdullah Asy-Syibli berpesan: “jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri (tidak menuruti nafsumu). kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNya.” jadi, mujahadah paling utama adalah melawan nafsu..sebab nafsu yang menjadikan manusia jahat..bermakna proses perubahan ke arah yang lebih baik bermula dari peperangan nafsu dalam diri..jawapan untuk persoalan bagaimana mahu menjadi baik adalah perlu melawan nafsu untuk mencapai tahap baik mengikut maksud baik dalam islam..iaitu baik mengikut acuan al-Quran dan Assunnah..
harga kebaikan itu tak ternilai..kerana syurga adalah ganjaran yang telah dijanjikan..bahkan untuk melalui sesuatu kebaikan memerlukan suatu mujahadah yang tinggi kerana suatu kelaziman dam diri manusia..untuk membuat perkara jahat itu sangat mudah..tetapi untuk membuat kebaikan amat payah..mendapatkan syurga bukan semudah mendapatkan gula-gula..perlukan usaha yang konsisten dalam membuat kebaikan..firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki. Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas”. [Qs. Al-Mu’minun : 1-7 ]..ini sudah jelas menunjukkan bahawa harga kebaikan itu sangat tinggi untuk dibayar oleh harta manusia kerana syurga dunia dan syurga akhirat suatu yang jauh berbeza..
ok..ni adalah jawapan saya untuk persoalan miss luna..jawapan yang mungkin simple..sekadar memenuhi undangan..orang kata orang berbudi kita berbahasa kan..neway, trimas tuk cik jana kerana sudi singgah ke belog saya..salam ukhuwah ya (^__^)..untuk semua yang berminat join contest ni silakan..maseh ada waktu..selamat mencuba (^______^)
p/s> saya risau lagi pasal duit..huhu
alhamdulillah..titas sudah berjaya didaftarkan..tggl b.i je..
expect unexpexted..herm…
tambahkan cinta, kurangkan benci


As-Salaamu ‘alaikum…
Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.
1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.
2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.
3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.
4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.
5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?
6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.
7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.
8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?
Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!
"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)
p/s : cuti bermisi lagi..moga dipermudahkan
mane nak cari duit ek..kem lc + JDPI..fuhh..
ada x sesape bermurah hati nk bg sumbgn (T___T)..huhu
meeting bile tah...hermm

