Assalammualaikum..
entri ini saya mahu berpuisi..eheh, puisi yang saya jumpa di iluvislam..saya percaya puisi ini menggambarkan harapan setiap yang bergelar muslimah untuk bakal pendamping hidup nanti..
jadi, buat sekalian lelaki..hayati puisi ini..kerana ini harapan kami..harapan insan-insan lemah yang mengharapkan kalian memahami bahawasanya kalian bakal menjadi imam kepada satu nakhoda..dalam melayari bahtera kehidupan ke arahNya..
Buat bakal imamku...
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Buat bakal imam Ku..
*kredit buat penulis yang menulis..^__^
wahai teman, jodoh pertemuan ditangan Allah..maka, berdoalah dan jangan terus berhenti berdoa..kerana Dia Maha Mendengar..dan Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya..
untuk dapat yang terbaik, maka usahalah menjadi yang terbaik dahulu..^__^
p/s : luahan hati untuk si dia yang tak pasti siapa..
selamat pengantin baru buat syazwan dan isteri..moga bahagia hingga syurga..=)
dapat soalan cepumas dari ust amin.."ko bila lagi?” eheh..wallahualam la ust..
cuti yang masih panjang lagi…T__T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan