Ahad, 27 Disember 2009

bertanya pasal cinta

PRS '06..Fairuzah, intan n ama..
Setelah sekian lama tidak membongkar isi laptop ku..malam ini diberi kesempatan olehNya untuk menelaah isi laptop kesayanganku..sedang asyik membuka 1-1 file yang ada, lalu aku terpandang kepada file 'TEMAN'..ingatanku melayang ke zaman sekolah dahulu..zaman suka-suki buat setiap insan yang bergelar pelajar..TEMAN ini adalah salah satu majalah mini di sekolahku dulu di bawah pembimbing rakan sebaya..dan merupakan kenangan buatku dan sahabat-sahabat PRS 2006 (k.fai, intan n sharif) yang menjadi perintis bagi TEMAN ini..suka duka ditempuh bersama...



inilah salah satu catatan dalam teman...suka aku berkongsi dengan semua..hanya tatapan..


dikurniakan mata untuk melihat,
telinga untuk mendengar,
dan akal untuk berfikir..renungkan...


Bertanya pasal cinta


Adakah tapak tangan kita berpeluh dan hati kita berdebar dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan CINTA, itu SUKA

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan CINTA, itu NAFSU

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan CINTA, itu KEMAHUAN

Adakah kita tetap mengatakan kiti menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan CINTA, itu DUSTA

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan CINTA, itu KEMURAHAN HATI...




p/s: apa agaknya khabar TEMAN sekarang...semoga masih berterusan dan terus menjadi wasilah pencetus revolusi pemikiran remaja...

herm, banyak sangat kerja menanti...pening..Ya Allah, permudahkan urusan kami...ameen

2 ulasan:

  1. Emm.. Aku sedih.. Sebab zaman kita je yang aktif wat majalah ni..
    Lepas 2, satu2 lenyap..

    TEMAN berjalan.. Tapi x mcm dulu..
    Al-Islah berkubur..
    Philosophy, wallahua'lam..
    Al-Irsyad, paling aku sedih.. Edisi tahun ini, aku yang terbitkan.. Utk bg guideline kt dorang.. Tapi lepas 2, dorang tak wat pon.. Adeh..

    Agaknya, batch kita yg digelar 'teruk' ni tak de jasa ke? Em.. Sekadar persoalan..
    Haha, pe lagi.. Debatkanlah.. haha..

    BalasPadam
  2. hmm tol gk kta taha 2..
    kdg2 kn cm ase kbrukkn je msti tuju pd btch kte..
    huhu..
    tp biar la..
    2 sume jd kn sbg 1 kngn..huu

    BalasPadam