Khamis, 8 Oktober 2009

i'm home..raya...

Alhamdulillah..akhirnya aku selamat sampai dirumah..saat sampainya dirumah maka secara automatiknya..bermulalah tugas ku as bibik tak bergaji..eheh..kne jge rumah while everyone xde..hmm..actually, today kak aisyah buat open house..tak taw nk g x...macam nk pegi...tapi ada sikit problem..tak taw la sampai x...huhu..esok, diorang nk dtg rumah..ahad open house umah nadia..hee..bermulanya cuti maka bermulalah raya yang berbaki lagi seminggu..ni kes balas dendam nk beraye..becoz of tem rye kne bce buku..eheh..

Berbicara soal raya..aku tertanya sendiri..apa makna raya dan syawal itu sendiri..apakah sekadar bermaafan dan menziarahi rumah saudara dan sahabat?? atau punya makna lain..pasti kalian sudah tahu jawapannya...hari kemenangan atas kejayaan berpuasa selama sebulan..kemenangan yang bagaimanakah itu? kemenangan kerana berjaya menahan nafsu dan mengawalnya dengan mendekatkan diri hanya padaNYa..

Islam mengajarkan kita bagaimana menambut syawal ini..saling bermaafan dan menziarahi sesama kita..lupakan segala sengketa..namun sahabat..masyarakat kita sudah punya trend..hanya apabila syawal menjelang sahaja maaf itu diminta dan diberi..sehingga ada yang berpendapat dan menfatakan "ala takpe..tem raye t aku mintak maaflah"..betulkah cara ini? Islam tidak pernah mengajarkan kita agar bermaafan hanya apabila syawal tiba..umat islam itu bersaudara..andai kita berbuat salah, tak kira masa dan tempat..pohonlah maaf..sesungguhnya maaf yang dipohon dengan ikhlas akan menyejukkan hati..jangan simpan dendam di hati...

Saat berziarah..niatkan untuk merapatkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin..juga jangan dilupa..segera niatkan kerana Allah..kepada tuan rumah, sesungguhnya saat anda menerima tamu, Allah telah berjanji untuk memberi ganjaran..seperti dalam hadis nabi yang ada menyebut "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul, hendaklah dia memuliakan tetamu"...saat ini juga syiar Islam itu harus ditegakkan..jangan sampai diabaikan..hanya kerana ingin menyediakan makanan atau melakukan apa saja membenarkan untuk mengabaikan solat yang menjadi tanggungjawab hamba kepada Yang Maha Pencipta..salah cara itu sahabat..atau disebabkan untuk merapatkan lagi ukhuwah maka membenarkan untuk bersalaman dengan yang bukan muhrim..nauzubillah, minta dijauhkan...semoga kita dihindarkan dari bisikan syaitan niirrajim...

Salam lebaran diucap..mohon maaf andai ada entri yang mengguris hati, mencalar perasaan..sungguh tiada niat untuk berbuat sedemikian...semoga ukhuwahfillah yang dibina atas dasar keredhaan Allah akan sentiasa dibawah lembayung rahmatNya...amiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan