Rabu, 17 Oktober 2012

haila manusia..

berdepan dengan dia yang begitu, mereka yang begini, dan begitu begini buat diri termenung jauh.. Maha Bijaknya Allah mengajar manusia untuk terus hidup.. dalam meniti kisah hidup atas tujuan mencari redhaNya..

images

pernah dengar hablum minannas? hubungan sesama manusia..Allah ada pesan untuk kita menjaga hubungan sesama manusia sebaiknya..

jom muhasabah..

kita ini insan yang bagaimana apabila berhubungan dengan manusia lainnya?

yang suka membantu? yang yang selesa dibantu? yang mengutamakan insan lain melebihi dirinya? yang hanya fikir urusan dan kepentingan sendiri? yang merasa selesa dengan kedudukan yang ada hingga tidak berfikir tentang manusia lain dari kita? yang begitu? yang begini?

bukan?

jadi kita yang mana?

tepuk dada tanya selera..

Allah menguji dan mengurnia saya apabila berjumpa dengan insan-insan yang begitu begini..kadang-kadang boleh stress jadinya..tapi, Allah tidak menguji diluar batas hambaNya..maka saya cuba untuk tenang dan berlapang dada..singkapan hikmah akan jelas sedikit demi sedikit..ya, itu saya percaya..perjalanan mencari redhaNya masih berliku panjangnya..dan dalam perjalanan itu saya pasti berjumpa insan itu ini begitu begini (dh macam tajuk lagu..haha)

saya cuma mahu berpesan..

bila kita tak mampu membantu, sekurang-kurangnya jangan menyusahkan…jangan sampai ada manusia lain rasa terbeban kerana kita..ya, mungkin kita tak sedar..kerana itu, hati-hati..

dan bila kita sudah terlibat, jangan mudah-mudah gagalkan usaha manusia lain..tahukah kita, dia itu sudah usaha bermacam-macam untuk jayakan usahanya..datang kita dengan senangnya mahu ubah itu ini ikut suka hati..bila kita di tempat dia, apa kita rasa?

hargai manusia yang ada disekeliling..dia yang di sekeliling ini sekurang-kurangnya pasti ada sumbangan dan bantuan dia pada kita walaupun sekecil perkara yang kita kadang-kadang tak pernah sedar..jadi, ucapkan terima kasih tanda anda hargai usaha mereka dan maaf bila anda silap..tak susah bukan?

oh, saya mahu berterima kasih pada awak kerana membaca..dan maaf bila tak bersetuju..moga bermanfaat :)

p/s : sangat terasa hati bila mama saya terasa..kesian mama

bila ada sesuatu yang jadi, Alhamdulillah Allah tak pernah tinggalkan kita keseorangan ada Dia, dia dan mereka..terima kasih Allah

bertimpa timpa kerja datang..moga dipermudahkan semuanya

Allah, izinkan kami berbakti sabtu ahad ini..permudahkan urusan kami..aminn

Rabu, 5 September 2012

tunduk, sujud dan syukur

Assalammualaikum..

umur saya hari ini sudah mencecah 22 tahun..alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmatNya untuk saya terus tunduk, sujud dan syukur hanya padaNya..moga nikmat umur ini nikmat yang buat saya dekat padaNya..

dan saya mahu terus..

tunduk, sujud dan syukur..

untuk setiap pengalaman hidup yang dilalui..bersamanya saya belajar untuk terus kuat menempuh hari depan..dengannya saya mula faham, indahnya takdir tuhan..kerananya saya mula bertatih untuk mencari redhaNya..

alhamdulillah..

dan tunduk, sujud dan syukur lagi..

bila dikurniakan insan-insan yang sentiasa mengingati..keluarga yang sentiasa disisi..sahabat-sahabat yang tak jemu mendekati..teman-teman yang memberi erti..kawan-kawan yang memahami..

dari mereka saya belajar erti hidup..hidup yang bukan sekadar hidup..tapi hidup dengan hati dan jiwa yang hidup..untuk hidup yang benar-benar hidup ;)

alhamdulillah..

dan lagi tunduk, sujud dan syukur..

ada insan yang sentiasa tak jemu berada disisi..yang sentiasa memahami..yang pada suka dan duka dia sentiasa ada untuk berkongsi..ada masa diri diuji, dia tetap teguh memberi inspirasi..terima kasih awak untuk saat waktu yang dilalui..moga dipermudahkan tiap langkah dari Illahi ;)

alhamdulillah..

terus lagi tunduk, sujud dan syukur..

untuk nikmat sihat, harta, dan semua dari Illahi..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

terima kasih Allah, ampunkan dosa kami..teguhkan hati kami dijalanMu..jalan orang-orang yang Kau cintai..izinkan kami bernaung di bawah lembayung rahmat dan redhaMu..tiada keindahan yang lebih indah melainkan berada di syurgaMu..

aminn.. :)

terima kasih untuk semua ucapan dan doa yang dikirim..doa saya juga mengiringi kalian..terima kasih untuk ingatan yang bermakna hari ini :)

p/s : dan awak, terima kasih buat hati tersenyum penuh makna ;)

malam ulangtahun kelahiran dengan kad istimewa..terima kasih :)

sudah mula terasa perlu belajar semua ‘survival hidup’ untuk masa depan *wink

sambutan sederhana dengan KFC dari abah..hehe

Ahad, 2 September 2012

cuti semester dah habis

Assalammualaikum..

agak lama sudah saya biarkan belog ini kosong tanpa isi. haila, sangatla tak patut kan. asalnya azam saya untuk rajin mengupdate selepas post yang lepas. tapi masih tak berkesempatan.

oh ya, salam lebaran dari saya. mohon ampun atas khilaf yang sengaja atau tidak sepanjang saya menulis atau sepanjang hidup ini. kata orang jawa “keluputanku seng akeh akeh dijaluk ngapuro” hee. moga ramadhan ini membawa perubahan kebaikan buat diri. menjadi hambaNya yang semakin dekat padaNya dalam setiap perkara.

lebaran ini memberi seribu erti buat saya dan terasa lain berbanding lebaran lepas. ada cerita suka duka yang menghiasi hari. sudah mula terasa “awak dah besar cik amalina, tak boleh lagi macam budak-budak” haha. lagi lagi raya kali ini sangat banyak urusan yang perlu diselesaikan. moga dipermudahkan semuanya. :)

lagi seminggu saya akan meneruskan misi pengajian berbaki setahun setengah lagi insyaallah..kawan kawan tolong doakan saya ye. agak sibuk tahun mendatang memandangkan semester depan adalah tahun senior saya di JDPI APIUM. jom sahabat JDPI kita tingkatkan usaha untuk redhaNya ^^,

terasa rindu pada semua sahabat-sahabat suka duka saya sepanjang di SAMER, UM dan semuanya..yang pernah singgah walau sebentar dalam hidup saya. betapa mereka mengajar saya erti hidup untuk hidup :)

lagu ini untuk anda ^^,

SIGMA (senandung ukhuwah)

diawal kita bersua

mencuba untuk saling memahami

keping keping dihati

teraju dengan indah

rasakan persaudaraan kita

dan masa pun silih berganti

ukhuwah dan amanah tertunaikan

berpeluh suka dan duka

kita jalani semua

semata-mata harapkan redhaNya

sahabat..

tibalah masanya

bersua pasti ada berpisah

bila nanti kita jauh berpisah

jadikan rabithah pengikatnya

jadikan doa ekspresi rindu

semoga kita bersua di syurga

semoga bertemu di syurga. :)

p/s : selesai kenduri abg jaie..lepasni kak byti dan kak noreen..bulan 12 bersusun dengan kenduri kawen..hee

bila mama abah ditanya “entar kue menantu la ki” haha..

moga dipermudahkan urusan yang seterusnya..doa, usaha untuk terus berlari mengejar mimpi ;)

Jumaat, 6 Julai 2012

coretan kosong

Assalammualaikum

sudah masuk pagi. dan saya masih tidak ada tanda-tanda untuk melelapkan mata. mood muhasabah diri kembali menusuk tangkai hati. mencari-cari erti hamba pada diri.

mula berfikir kisah hidup yang penuh rahsia ini. betapa tiap langkah dalam takdirNya ada rahsia tersendiri yang buat hati semakin tegar menjalani hari. terkenang kisah lalu yang pernah menyaksikan saya terduduk sepi. tegar menahan hati.  senyum menghiasi hari dan bermacam kisah lagi mula buat saya berfikir akan agungnya Illahi..

tiada takdir dariNya yang sia-sia. setiap yang berlaku ada hikmah yang meneguhkan jiwa. duhai hamba, masih kah kau mahu leka dibaluti dunia sementara. nanti kau akan bertemu Dia. lalu apa hadiah yang akan kau bawa?

oh, terasa malu padaNya. mulut bicara cinta Dia. mengakui kebesaranNya. tapi sering hati terleka dibuai godanya dunia. ampunkan kami duhai Allah. sungguh hidayahMu tak mengenal siapa. tanpa tahu bagaimana cara menyusup dalam jiwa manusia. Alhamdulillah atas nikmat yang diterima. semuanya. Alhamdulillah Ya Azim.

cinta yang hadir itu anugerah Dia. kerana cinta, manusia temui kebahagiaan. manusia mula menemui hakikat dunia. manusia sanggup berbuat apa saja kerananya.

tapi terkadang cinta buat hati keliru. benar kataNya. syaitan itu tak pernah berehat menggoda anak adam dari terus terleka. sering kali tanpa sedar, diri membiarkan durjana syaitan terkekeh ketawa meraikan menangnya dia menghasut anak adam jauh dari Illahi rabbi. dan lalu cinta itu ujian buat jiwa. apa cinta yang hadir itu untuk dekat padaNya atau sekadar mainan nafsu semata?.

dan saya adalah manusia yang juga tak lepas dari diuji cinta ini. bertemu dengan seseorang yang buat saya faham erti cinta dan semuanya benar-benar menguji jiwa. kadang buat saya leka dan kadang buat saya kembali padaNya. tapi hadirnya istimewa. cukup buat saya faham takdir Allah penuh rahsia. lalu sebagai hamba  perlu serah semua pada yang Maha Mengatur. dan bersyukur atas kasih sayangNya pada hambaNya yang hina ini.

mula terasa takut berdepan hari mendatang. takut apa yang diharap tak seperti dalam bayangan. terutama tentang kisah hati. saya tahu Allah sudah sediakan yang terbaik untuk saya, awak, mereka dan semua. ya, urusan jodoh urusan Dia. sebagai hamba hanya perlu berusaha. natijahnya dari Dia.

Ya Allah, penuhi hati kami dengan cinta kepadaMu melebihi cinta kami pada makhlukMu. permudahkan urusan kami. izinkan kami bersatu atas namaMu bila itu atas izinMu. teguhkan hati kami dalam setiap takdirMu. mohon diberkati tiap langkah yang kami lalui. juga usaha yang kami penuhi. Kau tahu setiap inci dari kami. tiada apa yang menjadi rahsia antara kami denganMu ya Illahi Rabbi.  hanya padaMu tempat memohon segalanya. kisah ini hanya Kau tahu Ya Allah. kami memohon hanya yang terbaik dariMu

akan terus bersabar, berusaha dan berdoa.

p/s : sudah pukul 2 pagi rupanya. oh mata sila la tidur.

maaf andai ada yang tak berkenan dengan entri ini.

takut hilang dia. Allah permudahkan bila sampai masanya. doalah duhai hati.

Selasa, 3 Julai 2012

sudah pertengahan rupanya

Assalammualaikum..

tersangat la lama sudah saya tak mengupdate cik belog ni..last update saya adalah pada hujung tahun lepas..dan update saya hari ni adalah pada awal julai..fuhh setengah tahun saya tinggalkan belog bersawang tanpa isi..hehe..

sepanjang setengah tahun ni..macam-macam cerita dah saya lalui..pengalaman-pengalaman yang ditakdir Illahi dalam mematangkan diri semakin banyak ditempuhi..kisah-kisah hati yang menjadi kenangan juga disusuli..bersama mereka yang Allah pinjamkan untuk berkongsi cerita suka duka..keluarga yang tercinta..sahabat-sahabat istimewa dan dia..Alhamdulillah  :)

habis satu semester baru saya terfikir untuk menulis disini..memang semester 4 lepas adalah semester yang agak sibuk bagi saya..eheh..dan semester yang agak kurang kerajinan untuk saya menulis..harapnya selepas ni saya akan rajin sedikit :P

sekarang sedang cuti semester..tapi cuti saya adalah short semester untuk kelas b.i..sengaja diisi untuk memenuhi ruang cuti yang ada..sekurang-kurangnya saya ada sesuatu untuk difikirkan waktu cuti ni..walaupun bersusun agenda untuk difikir selain kelas b.i tu..pheww..

eheh..sudah kehabisan idea untuk bercerita..mungkin selepas saya mula kerajinan ini..akan banyak cerita dari saya..(harap-harapnya :P )

sebelum habis..saya mahu promote satu majalah baru yang bakal terbit bulan julai ini..insyallah.majalah hasil gabungan penulis muda untuk menyebarkan dakwah dan ilmu kepada pelajar sekolah..

288099_4042705747212_403659489_o

ini saya qoute dari encik editor majalah..

Tak lama lagi, Majalah REBORN akan terbit. Sedikit pengenalan, REBORN adalah satu usaha kami untuk menyampaikan dakwah kepada remaja-remaja di sekolah menengah melalui medium penulisan.

Terdapat beberapa pengisian yang menyentuh tentang feqah, hal-hal agama, kecemerlangan pelajar, motivasi, isu-isu semasa di dalam dan luar negara, kaunseling, tutorial, komik dan beberapa lagi slot yang akan dimuatkan.

Dan konsep kami adalah 'Memberi'. Di mana majalah ini dijual kepada pelajar dengan harga semampu yang mereka boleh. Jika 10sen mereka mampu, kami jual dengan 10sen. Jika RM1, atau RM2 mereka mampu, harga itu yang kami jual. Tiada keuntungan dunia yang diperoleh. Untung akhirat ada.

Jadi dengan ini, kami dengan rendah diri meminta sedikit sumbangan dari anda semua supaya majalah ini dapat diterbitkan dengan berkala dan konsisten. Sumbang RM1 pun sudah mencukupi. Dari RM1 tu, insyaAllah akan menjadi RM700 pahalanya.

Surah Al-Baqarah ayat 261 bermaksud: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Jika ada yang berminat untuk menderma, hubungi saya di mesej. Terima kasih banyak-banyak.

~kita mudahkan urusan agama Allah..Allah akan mudahkan urusan kita..xgitu? :)

p/s : entri pertama untuk 2012..*sigh

banyak misi cuti ni..moga dipermudahkan semuanya..

menunggu cik syibrah hujung minggu ni… :)

bersyukur ada dia yang sentiasa ada untuk berkongsi rasa..terima kasih untuk 1412..moga dipermudahkn langkah seterusnya ^___^

Sabtu, 31 Disember 2011

berganti cerita yang baru

Assalammualaikum..

400106_2863435906203_1268894212_3635082_310217209_n

kejap je kan..2011 sudah meninggalkan kita dengan membawa ceritanya yang tersendiri..dan diganti dengan 2012 bersama suatu tapak lagi kehidupan untuk dijejaki..oh, ganti ganti tahun itu perkara biasa bagi setiap yang masih bernyawa..sebab itu sunnah alam yang tak boleh dipisahkan caranya :)

dalam tak sedar, masa semakin jauh meninggalkan kita..apakah kita sudah cukup memenuhi masa dengan sebaiknya? oh, tahun depan akan bertambah satu lagi angka pada umur..terasa macam baru semalam bermain masak-masak dan pondok-pondok..hehe..

dalam tahun 2011 ini, ada bermacam cerita dalam hidup saya, kamu, mereka dan semua..dan pastinya setiap cerita membawa makna tersendiri dalam hidup kita kan..dan pada 2011 inilah..

ada cerita suka dan duka yang mengajar saya untuk terus kuat menghadapi hari..

ada peristiwa yang mendidik saya dengan suatu luka..

ada kenangan yang mengusik tangkai hati..

ada kisah yang membuat saya tersenyum dalam meniti masa..

dan ada perkara yang membuat saya semakin dekat pada Illahi..

biar apa pun cerita yang dialami, saya belajar sesuatu dari semua itu..belajar untuk melihat kehidupan dari satu sudut yang berbeza..bukan hanya sekadar seorang manusia biasa..tapi mencuba melihat ia dari sudut manusia yang punya jiwa untuk dekat pada yang Esa..Alhamdulillah untuk setiap perkara..biarpun saya tahu, masih banyak cacat cela dlam diri yang perlu dibaiki..

bersyukur..punya keluarga, teman dan sahabat disisi..yang bila resah ada mereka untuk dikongsi cerita hati..dan ada dia yang mewarnai hari..terima kasih ya Illahi..:)

 408531_2864805500442_1268894212_3635743_1792942765_n

moga 2012 ini tahun yang membawa suatu erti yang lain pada saya..yang padanya ada sesuatu untuk saya ingati dan teladani buat bekalan dan persiapan menuju Illahi..moga nanti, matlamat hidup yang saya impikan akan tercapai..berusaha untuk menjadi insan terbaik buat diri sendiri dan mereka disekeliling saya..atau mungkinkah tahun yang terakhir buat saya..moga akhir itu nanti adalah dalam keadaan saya husnul khotimah..aminn

oh ya, penutup tahun 2011, melihat bunga api di putrajaya..meraikan sahabat abah saya yang datang jauh dari terengganu bercuti di kuala lumpur..permintaan dia untuk melihat dan berjalan-jalan di putrajaya..abah saya yang rajin berjalan menjadi penunjuk arah untuk mereka..dan kami yang bijak ini pastinya turut mengambil kesempatan..hehe

terima kasih untuk teman saya..yang memberikan satu penutup cerita 2011 dengan cerita yang menghilangkan kekeliruan saya..seperti mana dia, saya juga menyimpan ia lama..cuma terkadang keliru dengan akhirnya ia..maaf, saya bukan yang sempurna..hanya insan biasa yang banyak silapnya..terima kasih menerima seadanya..bersyukur juga punya teman seperti dia yang tak pernah jemu melayan saya..yang sentiasa buat saya tersenyum..yang selalu ada bila saya memerlukan..terima kasih kerana menjadi teman terhebat saya hingga kini..insyaallah, selagi diberi keizinan dariNya, saya akan tunggu,,moga Allah merahmati kamu :)

p/s : penutup tahun yang membuat hati lega..ternyata sabar itu buahnya manis..saya tahu, ada ujian lebih besar selepas ini..moga terus diberikan kekuatan..

alhamdulillah, berjaya melalui 1 sem berulang alik dari kajang ke um setiap hari :)

bakal ke program pertukaran pelajar..maaf pada yang berkenaan..

oh ya, pereka gambar iluvislam diatas adalah hasil kreativiti inchik taharel *give a big clap to him :P

permulaan tahun dengan exam yang bersusun..bittawfiq wannajah sahabat sekalian :)

Khamis, 22 Disember 2011

senyumlah

Assalammualaikum..

lama kan saya tak update blog..2 3 minggu yang lepas saya dalam usaha menyelesaikan misi assignment yang banyak..dan alhamdulillah, semua telah selesai dengan jayanya..tinggal menyiapkan diri untuk exam yang bakal menjelang..moga dipermudahkan..

oh ya, saya menulis hari ini sebenarnya mahu berkongsi..satu lagu yang baru saja saya dengar otw balik rumah tadi dan sewaktu menghadapi jalan yang sesak(oh, lumrah hidup di k.l=.=’)..

such an inspiring song..especially for u..:)

senyumlah jangan bersedih selalu ^___^

Sabar

Bila ku terkeliru
Dengan keadaan
Manakah itu benar
Yang mana itu bukan

Ooohhhh
Usah kau rasa bingung
Usah kau gelisah

Yakinla saja padaNya
Hadapi dengan sabar
Semuaaa yang terjadi
Adalah dengan izinya Tuhan

Ohoooo ohoooo.
Senyum la sayang
Senyum la jangan kau bersedih sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang berlaku

Wohoo o
Senyum la sayang
Senyum la jangan kau bersedih sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang berlaku

Hidup didunia ini
Penuh dengan cubaan
Harusnya kita menjaga detik kebaikan
Andai timbul keadaan yang makin mencabar
Akan kuhadapi semua
Penuh dengan sabar

 

bila sesuatu yang berlaku bukan kehendak hati, percayalah..Allah sudah sediakan hikmah terbesar buat hambaNya..bersangka baik padaNya..insyaallah hati akan lapang menerima..buang segala dendam yang bersarang dijiwa..hilangkan curiga sesama manusia..berkasih sayang dan menerima ketidak sempurnaan manusia lainnya itu kunci utama untuk hati yang bertakwa:)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.[Riwayat at-Tabbrani]

dan bila hati resah mencari arah..kembalilah kepadaNya..kerana padaNya ada satu ketenangan yang amat luar biasa..bahkan Dia yang memegang hati hambaNya bahkan hanya Dia pemberi ketenangan abadi :)

“Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah al-Ra‘d 13: 28)

 

p/s: senyumlah..saya selalu mendoakan moga senyuman itu sentiasa ada :)

exam makin dekat..best of luck semua :)

apa cerita entah program pertukaran tu nnt..hermmm

baru selesai pesta ko k..

2011 sudah mahu mghlg..2012 mula menjejak masa..

Selasa, 29 November 2011

buat yang sedang menunggu

assalamualaikum..

saya nak share dengan sume satu lagu..yang pada saya ada makna yang besar..terutama mereka yang sedang menunggu..hehe..jom hayati :)





menunggu disayup rindu

ooo... burung pun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik qolbu

ooo...anginpun menari
mencari arti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

didalam sepi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka

biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk mdatang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syrga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu

moga ditemukan dengan yang terbaik..semai cinta Illahi dalam hati..itu cinta hakiki :)

p/s : misi selesaikan apa yang patut diselesaikan..

keliru...

Sabtu, 19 November 2011

3 hari 2 malam itu..

Assalammualaikum..

lamanya kan saya tak update blog..kekangan masa sebagai mahasiswa membataskn(kunun..haha)..dan antara sebab lain malas yang mengundang..hehe..entri ini saya mahu bercerita..tentang suatu peristiwa..

11.11.11..ada peristiwa istimewa bersama tarikh yang istimewa..kebanyakan mereka mengambil peluang untuk mengabadikan tarikh ini dengan peristiwa bermakna dalam hidup mereka..ramai yang menikah pada tarikh ni..sweet kn..hehe

saya pun ada peristiwa bermakna tarikh tu..menikah jugak ke? haha..oh tidak..saya masih menunggu prince charming saya turun..;)..peristiwa istimewa saya ialah

Kem Nadwah Kepimpinan Islam SAMER, 11-13 Nov 2011

diberi taklifan sebagai fasilitator untuk adik-adik pemimpin bekas sekolah saya dulu merupakan satu penghargaan buat saya..mana tidaknya, saya juga dulu pernah berada seperti mereka..diberi pula peluang untuk berkongsi ilmu sekadar yang saya ada..alhamdulillah atas kesempatan takdir yang dikurnia Dia yang Maha Memberi..:)

berbangga dengan mereka..moga mereka diberi kekuatan untuk menjadi pemimpin terbaik..sekurang-kurangnya pemimpin terbaik untuk diri mereka sendiri..:)

DSC_1778

Abah Azri bersama ustzah haniza selaku ketua jurulatih :)

DSC_1775

antara barisan fasi muslimat yang terlibat..cik syue tukang amek gambar dan cik syibrah yang smpai pagi sabtu :)

DSC_0038

antara barisan fasi muslimin yang terlibat :)

DSC_0041DSC_0062  

sesi pasang khemah :)

DSC_0064DSC_0062 (2)  

antara aktiviti yang dijalankan :)

DSC_0075

sesi wajib ust amin setiap kali camping..rendam sungai di awal pagi..haha

DSC_0001

bila tembakan berdas-das dikeluarkan inchik fitri pada sesi forum..:P

DSC_0312

ini ahli kumpulan saya..nailah-alfarafisah..(sila abaikan muka ‘cute’ saya)

DSC_0497

pemenang kumpulan terbaik untuk pembentangan warsyah..tahniah :)

DSC_0475

ada macam rosyam noor x? haha   

DSC_1794

bakal pelapis saya nanti..dik atil :)

buat adik-adik yang diingati..moga rahmat Illahi sentiasa memayungi kalian..moga usaha untuk menjadi pemimpin terbaik sentiasa ada dan berterusan..kutip la ilmu sebanyak mana yang diperolehi sebagai pegangan hidup..insyaallah, kejayaan akan menghampiri..:)

terima kasih untuk pihak sekolah yang memberi kepercayaan kepada kami barisan fasi untuk berkhidmat dan memberi sumbangan..mohon maaf andai ada yang kurang dari pihak kami..:)

dan terima kasih juga buat rakan-rakan fasi yang sudi meluangkan msa untuk adik-adik..fitri, asyraf, radi, faiz, zaid, bukhairi, syibrah, syuhada, adila, ili dan maazatil..ada rezeki kite berprogram lagi ye :)

p/s : cik nooi, dh updtae :P

mita selesai..alhamdulillah..seminggu yang bermakna dan kepenatan yang teramat..alhamdulillah, masih penat bermakna :)

assignment yang bersusun perlu diselesaikan..ganbatte wahai diri..

bersama rindu didalamnya satu rasa :)

Rabu, 26 Oktober 2011

dengan kuasa-Mu

Assalammualaikum..

layan lagu jom :)




Dengan kuasa-Mu (Nur One)

Dengan kuasaMu
jiwaku tergoncang
terus melayang
mengembara cinta

Dengan KuasaMu
hati telah terpaut
lalu terikat
ditawan cinta

bukan bibir ini berbicara
namun jiwa ini berbahasa
dalam lamunan ku yakinkan
kau lah teman kebahagiaan

tuhan temukan daku penawar
terluka ditusuk duri cinta
hanya dia, cuma dia
yang kan mampu menyembuhnya

dan terus aku terus berdoa...
terus berdoa

Dengan kuasaMu
mataku memandang
sepenuh sayang
dia tercinta

Dengan kuasaMu
pastiku diseru
dan kan menanti
diambang cinta

terus berdoa..:)

nasyid underground yang tak banyak diketahui semua..menarik dan mendalam maksud liriknya..

biar tiada cinta manusia..asal cintaNya memenuhi jiwa..Allah, kurniakan kami cintaMu :)