Ahad, 8 November 2009

sabarlah sayang...


Assalamualaikum..salam sejahtera untuk semua yang membaca..Alhamdulillah, aku sudah selamat sampai di nilam puri pagi tadi..dan petang ini, terpanggil untuk menulis sedikit entri untuk peringatan diri sendiri dan anda semua..hmm, aku teringat dengan seorang sahabat yang sedang dilanda masalah keluarga..kasihan dia, sudah lah punya masalah, ditambah pulak sedang menderita sakit..sabar ye sayang..Allah sedang menguji kamu tanda kasih sayangNya..Ya Allah, Kau titipkan kesabaran dan ketabahan di hatinya, jangan Kau biar dia merasa keseorangan dalam menghadapi ujianMu..sesungguhnya aku amat menyayanginya..lindungilah dia dengan kasih sayangMu ya Allah..


Ujian adalah tanda kasih sayangNya untuk kita. sebagai seorang muslim, bila diberi ujian dan muslim itu bersabar maka dianugerahkan balasan yang sangat istimewa kerana kesabarannya..beruntungnya menjadi seorang muslim..maka, ucapkanlah kesyukuran pada Dia yang senantiasa memberikan kasih sayangNya kepada semua hambaNya yang taat akan perintahNya..semoga kita tergolong di kalangan itu...bila saja ditimpa musibah, hati akan merasa sangat sakit dan kecewa, lalu berjujuranlah air mata tanda kesakitan..tatkala iman tidak kuat, seringkali takdir yang disalahkan, mengutuk-ngutuk diri dengan nasib malang. Nauzubillah, mintak dijauhkan,ketahuilah..sesungguhnya setiap yang terjadi itu ada hikmah yang pasti..Allah tidak pernah membiarkan sesuatu itu dengan sia-sia..laluilah hidupmu dengan kesabaran..letakkan pengharapan setinggi-tingginya pada Dia yang maha Berkuasa..sesungguhnya sahabat, dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang..


Bila terasa diri malang, lihatlah manusia yang lebih malang lagi..bila terasa diri lemah, mengadulah pada Dia yang mengetahui segalanya..bila terasa kecewa, selami ayat-ayatNya..kerana disitu terletak segala macam perkara..semoga kita akan terus tabah mengahadapi ujian dan mehnah hidup yang tak pernah berhenti selagi nafas masih menderu...


Renungkan...


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Kata Forest Gump; “Life is like a box of chocolate, you’ll never know what you gonna get... “

Jumaat, 6 November 2009

3 perkara

Cuti aku dah berakhir, maka semester baru pun bermula..bila saja semester baru bermula maka ini bermakna ia adalah semester terakhir aku disini..di apium, di pusat asasi pengajian islam kelantan..sungguh, terasa cepat masa berlalu..and tandenye aku dh tua (but still aku dlm golongan remaja k) mmg la, mne de manusia semakin mengecil..hmm, esok mlm (7 nov 09, sabtu) aku akan meninggalkan kajang dan bergerak menuju kelantan untuk suatu perjuangan menuntut ilmu..doakan perjalanan aku selamat..

Tika ini, aku masih dirumah, menghabiskan sisa-sisa masa kelapangan yang ada kerana selepas ini masa yang ada dirasakan sangat bernilai untuk dibazirkan begitu saja. bila saja kaki ini melangkah ke bumi nilam puri, pelbagai perkara perlu diselesaikan..juga ditunaikan..tanggungjawab sebagai mahasiswa, muslimah dan mujahidah..ya mujahidah dalam melawan nafsu malas n bermacam jenis nafsu demi kejayaan dunia akhirat..Insyaallah..

Rasa rindu untuk bertemu sahabat-sahabat menggamit hati..sahabat sekalian, ini semester terakhir kita bersama..semoga semester in menjadi kenangan yang sangat indah buat kita..ukhwahfillah abdan..APIUM NP kini pasti merasa sedikit kekurangan kerana seorang pendidik yang tak pernah jemu mendidik pelajarnya telah dipanggil illahi..semoga dia tenang bersemadi disana..Alfatihah..

hmm..renungkan kata-kata ini...

3 perkara..

Pandanglah temanmu kerana 3 perkara
1.Kerana Allah,
2.kerana ilmunya
3.hubungannya dengan makhlukNya,

dan Janganlah kamu memandang kerana 3 perkara ini
1.Kerana rupa,
2.kerana kuasa,
3.kerana harta,

dan Elakkan 3perkara semasa bersahabat
1.hasad,
2.dengki
3.tipu helah,

dan Peliharalah 3 perkara semasa bersahabat
1.niat,
2.amal
3.akhlak

sesungguhnya bersahabat itu indah jika kamu tahu caranya sekalipun kau bersahabat dengan musuh..selamat bersahabat=)

Khamis, 5 November 2009

sajak yang sedikit puisi

alhamdulillah, nafas masih lagi bernyawa..kita masih mampu melihat dunia..melihatkan tajuk pasti persoalan berlegar di fikiran..'maaf pakar bahasa..hehe, sje nk bg gempak..huhu..' jom baca..entri kali ni nk kongsi sedikit kata-kata dari seorang guru yang sangat aku hormati sehingga kini..guru yang sangat mengambil berat mengenai pelajar-pelajarnya biarpun alam persekolahan sudah lama berlalu..dialah guru yang selalu bergurau dengan pelajarnya..dialah ustaz amin..

kata-kata ini diberikan semasa berchatting dengan beliau suatu masa dulu..selepas aku mengeluarkan entri 'sebuah persoalan'..masa tu perbincangan berkisar mengenai 'manusia' yang lupa segala yang diajar guru..'manusia' yang kononnya ingin mentarbiah manusia lain dengan cara yang tidak betul...terima kasih ustaz..semoga ustaz terus di bwh lembayung rahmatNya.semoga cinta dan kasihNya sentiasa mengiringi kehidupan ustaz amin..

baca dan renungkan...

Moga yang lena kan sedar dengan hikmahnya
seperti yang dimintakan
tapi kalau tak sedar juga
tu bukan kawan
bukan sahabat
Itu manusia yang sesat dalam sedar
sesat dalam nyata
sesat dalam cahaya
bahkan lebih teruk lagi sesat dan menyesatkan
banyak auta dari hak
berat la kalau nak baca
baca tanpa sedar
baca tanpa hikmah
baca tanpa ilmu
yang ada nafsu
koonon
salah kah aku.
hak aku............
sukati akulah.............
itulah luahan diri
yang meronta dlam kesesatan
yang tenggelam dalam bisikan nafsu amarah
yang lemas dan lemah dalam pelukan
jantan bertopengkan syaitan
dakwah penuh dengan hikmah
tapi kalau da'inya pun sesat dalam mencari hikmah dakwah itu sendiri
itu bukan hikmah
tapi bala
pada diri sendiri
jangan konon atas dasar dan landasan dakwah
diri sesat
dorang nak hikmah kita suapkan
tapi kalau hikmah ini dibuang
itulah hati yang mati
hati yang hilang seri
muka kalau cantik macam siti pun
kalau seri takde
tiada lah NUR dariNya
bila manusia diuji ilmunya
inilah jadi
kalau iman ditolak tepi
tak salah berkawan
tak salah berteman
carilah jalan syarak
bukan jalan syok
itulah manusia
bila maksiat dijadikan hiburan hati
tak kenal mak dan ayah lagi
membanting tulang mencari rejeki
tapi dosa yang diberi
dosa yang di jariahkan
dosa yang di wakafkan
untuk mak dan ayah esok dalam kubur
sedarlah kawan
sedarkan kawan
sedarlah diri
kita hidup tak lama
esok lusa padam jua
lilin tak menyala sepanjang masa
habis lilin padamlah kita
padam pun biarlah dengan megah
membakar diri menerangi orang lain
dengan cahaya iman
dengan nur hidayah
bukan padam kita dengan siraman air bomba
membakar orang lain
memusnahkan kehidupan
memusnahkan jiwa-jiwa suci
yang telus menagih hidayahNya


mungkin agak keras..tapi maksudnya amat mendalam..semoga kita mampu mengambil iktibar..sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik, hari demi hari..Insyaallah..

Selasa, 3 November 2009

perempuan, wanita dan haid..

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam....

kenapa hal ini boleh terjadi??Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'."Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Khamis, 29 Oktober 2009

eppy besday anis

Alhamdulillah..setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah yang Maha Esa..Hanya Allah yang berkuasa atas setiap perkara..letakkan setinggi pergantungan dan pengharapan hanya padaNya..hari ni besday Anis..tapi aku baru tingat..cian dy..takpe nis..japg kte kuar celebrate k..eppy besday, sweet 10th cyg..jgn nkl2 ye..semoga menjadi anak solehah harapan keluarga..Insyaallah..anis dalam kete

Eppy besday my dear..cyg kamu sokmo..

Ahad, 25 Oktober 2009

Ragam manusia

Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan..Ya benar pepatah ini..setelah sekian lama tidak turun Kuala Lumpur, bumi pembangunan yang sentiasa sesak dengan manusia..aku keluar dengan suatu misi..berjumpa teman lama..namun dalam perjumpaan itu, bermacam jenis manusia telah aku temui..dan bermacam ragam manusia berjalan di depan mata..saat itu, serasa ingin tumpah air mata ini melihat manusia yang lupa pada Allah.berjalan berpelukan di antara bukan muhrim tanpa memikirkan dosa pahala..di hati cuma berdoa, semoga mereka dilimpahkan hidayah..namun lekas-lekas aku buang su'uzan itu..mungkin mereka sudah berkahwin, mudah-mudahan..

betapa aku sedih melihat kaumku melihatkan aurat mereka dengan begitu bangga..Ya, aku tahu, aku tak layak untuk berbicara perkara sebegini..aku juga bukan manusia yang baik untuk menegur manusia lain agar terus menegakkan syiar tegak berkembang..namun andai aku terus berfikiran sebegini, aku takut akan disoal kerana tidak menjalankan tugas sebgai Muslim kerana setiap yang muslim itu perlu berjihad menegur kemungkaran yang berlaku di depan mata...

Sahabat sekalian, renung kembali..siapa kita? untuk apa kita hidup? lalu apa tugas kita? tepuk dada tanya selera..jawapan itu ada pada kalian..cari lah dan teruskan hidup dengan melaksanakn tugas sebagai hambaNya yang bertanggungjawab menegakkan agama Islam..ingat sahabat, masyarakat kita sudah terkena serangan yang berada di tahap amat kritikal..serangan fikiran yang disuntik secara perlahan untuk melemahkan umat islam..dan kini mereka berjaya..Ya Allah selamatkan umat Islam ini..jangan Kau biarkan kami terus hanyut...

kerana serangan fikiran ini jugalah akhirnya wujud istilah 'open minded'..open mindedkah kita andai islam itu ditolak tepi..open mindedkah kita andai Islam diperlekehkan..open mindedkan kita andai sanggup melihat Islam tercinta ini dihina? tepuk dada tanya selera..sesungguhnya Islam itu diturunkan untuk menjaga kemaslahatan umatNya..tiada jumud dalam Islam..rugilah manusia yang hidup tidak mengikut landasan yang betul..

lalu diri ini tertanya..siapakah yang bertanggungjawab untuk membasuh kembali pemikiran umat ini..usah dituding jari pada sesiapa..kerana tanggungjawab ini ada pada aku dan sekalian manusia yang bergelar muslim dan muslimah..Ya Allah, ampuni dosaku..hambaMu ini sering lupa padaMu dan takut untuk menegakkan kebanaran..Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus berjihad di jalanMu..

selamat berjuang sahabatku..

Di suatu hari...


Ya Allah. terima kasih untuk pertemuan itu..pertemuan setelah sekian lama..pertemuan yang menemukan sahabat yang terpisah dan amat aku rindukan..Alhamdulillah Ya Allah..Mid Valley menjadi tempat untuk kami bertemu..sampai saja, Sakinah dah sampai serentak denganku walaupun kami berlainan tren dan arah..Kami berjalan berdua sementara menunggu dia sampai..agak2 dalam jam 1 ptg, dia sampai..kami berjumpa di surau dan alang-alang menunaikan tanggingjawab pada Allah Yang Maha Kuasa..kemudian kami berjalan mencari tempat untuk makan...hehe, dia dah janji nk give us some treat..so, dah alang-alang orang nk blnje, kami trme ngan hati terbuka..hehehe, pizza menjadi makanan pilihan..memang sangat kenyang masa itu..thanx my dear Nazrah..next time bley blnje ag ek..hehe



mkn jangan tak makan..eheh


2 pizza untuk 3 orang...hehe


depan surau



usai makan, kaki berjalan mencari MPH Bookstore untuk mencari buku..Alhamdulillah, aku berjumpa dengan buku yang selama ini dicari..biarpun hanya kedai buku, posing tetap posing..hehe..masa ni, ada sikit tak sedap bagi aku..hmm, biarla aku sorang je taw..


3 dak rajin bace buku

sebelum lambaian selamat tinggal mengiringi

Semoga kita bertemu lagi..Ukhuwah Fillah Abadan...InsyaAllah..

To Nadia: sayang ko xde mse ni..law ko ad mst ag bez..xpe, next time ad ag...

Rabu, 21 Oktober 2009

along dis week

alhamdulillah..setinggi kesyukuran dirafa'kan padaNya..tuhan semesta alam..yang mentadbir segalanya dengan amat baik..sesungguhnya kita hanya merancang tapi perancangan Allah adalah terbaik...Subhanallah..

sepanjang minggu ni...ap yang aku dh buat? melaksanakan tugas ku di rumah as kakak sulung...n apa yang special ey..hmm..hri ahd sampai isnin, madihah bermlam di rumahku..tujuan asal is nk cari sumbangan..tapi sumbangan hanya di cari pada isnin je..dpt la ckit..alhamdulillah, (rm1 pon wet gak kn..) kenapa madi nk tidor umah aku? ntah, ni bukan plan aku..dah orng nk dtg, xkn aku nk halau kn..at least aku ad kwn n Rasulullah s.a.w suka umatnya memuliakan tetamu..maka tak salah kn..law korg nk tidor umah aku pon dialu2kn..hehe

ari ahad, kitorg g umah wak usop( pakngah belah mak)..beliau mengadakan kenduri kesyukuran..alhamdulillah, rezeki beliau melimpah..semoga Allah memberkati beliau dan kerluarga..amin...hmm, kat sana aku jumpa dengan sepupu2 ku..dan tk semena2 dpt 1 plan nk g men air kat sungai congkak weekend ni..h..xtw jadi x..mcm x je..huhuhu..

ari senin lak, kitorg g skolah mama..ad hal sbnrnya..g antar surt tuk adam n anuar..pastu lepk skolah mama tgk anak murid dy masak...tapi yang kelakarnya, diowg juz goreng kentang, nuget, ayam goreng n sume yang western la..ahahaha..cmtu, adik ak yang djh4 pon taw goreng..hehehe..tapi ok la kan at least diowg ad keinginan nk masak..pas balik tu g pusing prima saujana cari sumbangan..alhamdulillah, dpt la ckit..

ari selasa? hmm..aku pusing semenyih sblm antar madi balik..rupenye umah dy agk dkt ngan umah ku..dy tunjuk aku jalan ke sungai congkak..cz t sng ak nk bwk sepupu aku g sne..(tp jd ke? haha, ntah)

ari rabu n kames x de wat pape..duk umah je...smlm mama bwk laptop ku ke skolah..hajatnye nk bg student dy tgk citer2 dlm tu..ak igt nk ikot..tapi mls nk bgn awl..hehe, maka x jadilah..agpon mama cm x bg ak ikot..huhuhu..esok insyaallah, aku nk jumpe Nazrah n Kinah kat mid..hehe..lme dh x jupe nazrah..windu ngan dy..

hmm..ak arap weekend ni jadi..aku po dh lme x mnd sg..law x jd, ak bwk adk2 ak je la kot..insyaallah...kita hanya merancang tapi Dia yang tentukn yang terbaik untuk kita..btul x?

Selasa, 20 Oktober 2009

bercintalah dengan Dia..

malam tadi seorang sahabat ada menghantar mesej..mesej itu memang terkesan di hati..

"bile bersandar pada makhluknya,
tika terpisah, rasa kehilangan..
tika terasing, rasa ditinggalkan..
jiwa menderita, gelisah sentiasa..
Biar bersandar hanya pada Rabb,
merasai cukup hanya denganNya...
Allah sentiasa di dala jiwa..
biar terlihat tidak punya apa,
rasa kasih dan cinta ilahi menjadi cahaya penyejuk hati..."
renungkan......

Rabu, 14 Oktober 2009

kisah 2 ari..hehe

assalamualaikum..Alhamdulillah, nikmat iman dan islam itu masih dikecapi..hmm..semester break ni keje aku is jalan2..hehe, semalam aku bawak jiha g tgk wayang..sebuk ajak aku bawak dia..n paling bez, dy yang belanja..hehe..kitorang tgk cite papadom..bez gak..b4 that, masuk popular jap..cari buku baru uk dibce..ni antre buku yang dapat dibeli..hehe

semalam lagi, (selasa, 13 okt 09) kinah n nadia berye d rumahku..sebelum tu pening fikir nk masak ape..at last aku masak mee tomyam..eheh, sedap tau..hehe..diowng sampai dlm kul 12 lebih..alang-alang makan tgah hari skali...pastu aku blnje diowng sate kajang haji samuri..one of da best sate kajang as kajang be known as bandar sate kajang..eheh.tapi yang x bestnya, anis ponteng skolah..tapi xkan aku nk biar dy duk umah sensowg kn, then terpaksa la aku bawak dy skali..pastu diowang blik dlm kul 4 ptg..t dtg ag ye korg.


aku n anis

antara sate yang dh nk abes..eheh


kinah n nadia..

hehe..bawah ni juz nk share picture raya aritu..ari ke2 berye ngan baju majmuah..hehe, jimat..xyah beli bnyak2...

baju majmuah as bju rye..

ni gamba family..tema rye dis year ijau..eheh, aku yang pilih kaler tu..bese kitorang bergmbar kat sofa..tapi dis year ad kelainan sikit..becoz of umah embah dh direnovate (btl ke aku eja??..eh lantakla) jadi lagi cantik..so tangga pon jadi la..tapi cantik what..eheh


my family

ari tu (ahad 11 okt 09) 4 da ist time..aku bawak kete ke shah alam sebab nk g umah nadia..hehe mama tak taw agi..kawan ira tolong kitowg tunjuk jalan..tapi sblm nk smpi tu sesat gak..tpi ok la sesat kat shah alam gak (shah alam memamng banyak roundabout)..huhu..pastu g umah knah lak..n tetbe kwn ira tu sedare ngan kinah..eheh tetbe jadi jejak kasih lak..hehe..ok la kn..
pastu berye kat umah cikmah (my mama angkat) jiran lama aku dulu pastu umah Nadzeerah..my old friend from skolah rendah..now she's in uitm shah alam..eheh, shah alam lagi...