Jumaat, 21 Oktober 2011

hanya bercerita

Assalammualaikum..

lamanya saya tak mengupdate cerita dalam belog ni..banyak yang mahu dikongsi..tapi kesempatan masa membataskan..(eheh, gaya macam bz sangat pulak)..sudah masuk minggu ke 6 saya meneruskan pengajian disini..macam-macam cerita yang memberi makna dalam hidup saya dan mereka disekeliling saya..

ada pelajaran bermakna yang menghiasi setiap masa yang dilalui..ada yang menjadi kenangan manis yang bakal diingati sepanjang hidup..dan ada kenangan yang menjadi teladan dan pelajaran buat diri..

cerita hati

saya percaya bahawa setiap yang dilalui itu atas takdirNya Illahi Rabbi..yang mengajar  untuk terus kuat dalam menghadapi hari mendatang..dari cerita tentang mereka disekeliling, cerita hati yang menjadi rahsia juga cerita mereka yang menjadi teladan buat diri  menjadikan usaha untuk meraih cintaNya adalah matlamat kehidupan..Insyaallah..

hanya berkata tanpa usaha tiada hasil yang mengiringi..usaha itu perlu..bahkan ia kunci untuk kejayaan menghampiri..dekatkan diri pada Illahi atas setiap perbuatan yang dilaksana..insyaallah, rahmat dan kasihNya Dia sentiasa mengiringi..yakinlah duhai hati..Allah itu dekat, bahkan sangat hampir pada hambaNya..semoga mujahadah kecil ini dirahmati..moga hati ini menjadi tenang kerana kasihNya Illahi..

tautan

Allah, kurniakan kami cintaMu..jadikan jihad hati kami jihad yang menjadikan kami semakin hampir padaMu…tiada keindahan dalam hidup ini melainkan saat kami dapat bertemuMu dalam irama ketaatan hanya padaMu..

sesungguhnya cinta Allah sentiasa ada buat hamba yang mengerti..semoga sentiasa didalam cahaya cintaNya..

“Bila hamba Ku bertanya tentang aku katakanlah aku dekat..dst” (Tafsir Imam Attabari Juz 2 hal 158, Tafsir Imam Ibn Katsir Juz 1 hal 219),

p/s : assignment sudah bersusun denga  cerianya..eheh

selesai berkampung di Ulu Yam 3 malam..17 – 20 okt 2011

moga dikurniakan kekuatan menghadapi cerita hati..moga kesabaran ini menjadi bunga..:)

legasi yang memberi erti..^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan