Assalammualaikum..
alhamdulillah, tanggungjawab yang digalas mampu diselesaikan sebaiknya..tiada kata mampu menggambarkan perasaan saya saat ini..betapa syukurnya atas rahmat dan takdir Illahi yang menetapkan segala sesuatu..sungguh, bila bergantung harap hanya padaNya, kecewa itu tidak akan datang dengan sia-sia..
eh, apahal puitis bukan main intro ni..eheh..saya mahu bercerita tentang kisah yang baru selesai diusahakan..kisah kami bersama mereka yang menggamit memori..mungkin kisah ini adalah kisah terakhir bersama mereka..siapa tahu kan..takdir Allah penuh rahsia..
kisah itu adalah kisah KEM INSAN RABBANI II..
22-24 julai 2011 mencatat kisah di SMK Yaacob Latif bersama adik-adik tingkatan 1 dan 2..kem ini adalah rentetan dari kem insan rabbani 10 tahun lepas..sekali lagi saya dan kawan-kawan diberi amanah oleh cikgu nazam untuk membimbing mereka..dengan besar hati saya menerima..memikirkan itu amanah sebagai hamba Allah..kerana dakwah itu satu tuntutan bukan alasan..
hampir 6 bulan perancangan menuju ke kem ini..segala masalah menjadikan saya dan sahabat-sahabat kuat dan belajar sesuatu..alhamdulillah..sampai saatnya kem ini dijalankan..sungguh, Allah menguji kami dengan bermacam dugaan..tapi masih ia pengajaran bermakna dalam menguji kekuatan iman kepadaNya..
terima kasih tak terhingga saya kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak..jasa kalian hanya Allah yang akan membalas..doa saya sentiasa mengiringi..
Mohd Syukri bin Zainal Abidin
Nur Amalina bt Misron
Nurul Hana Abdul Mutalib
Mohd Zulfadli bin Abdul Rahman
Norsakinah bt Mohd Isa
Ahmad Fitri bin Aziz
Nur Syibrah Hanani bt Sobri
Mohd Arief bin Othman
Nur Fatin Akmal bt Mohd Raif
Mohd Faisal bin Yahya
Mohd Taufiq bin Aziz
Nurul Jannah bt Shukor
Mohd Khairul Anwar Mohd Sophie
Siti Nur Syuhada Zainudin
Mohd Nasir
Ahmad Zubair
Nadzeerah bt Idris
Siti Solehah bt Ismet Sidqie
juga buat pihak sekolah yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami dan buat adik-adik yang disayangi..
ambil pengajaran dari setiap yang dikongsi bersama..akak mendoakan supaya adik-adik sekalian sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah..diiringi hidayahNya sepanjang masa..ketahuilah adik-adik..tiada yang lebih berharga dalam hidup ini melainkan melihat kalian membesar menjadi manusia yang benar-benar berguna satu masa nanti..menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain di dalam mengagungkan islam dihati manusia..mohon maaf dari akak andai ada perbuatan yang menyinggung hati kalian..terima kasih atas kerjasama dan ukhwah yang dihulur..
ya Allah, kami bersyukur padaMu atas rahmat dan kasih sayangMu..terima kasih atas tautan hati yang Kau takdirkan..sesungguhnya tiada apa yang mampu menandingi kebesaranMu..jadikan usaha kami dalam mengajak insan mengutamakanMu suatu usaha yang Kau redhai..usaha yang nanti akan menjadi bukti ketika kami datang mengadapMu..usaha yang menjadikan kami lebih dekat denganMu..
Ya Rabbi..kurniakan hidayahMu buat adik-adik ku..jadikan mereka insan yang sentiasa mengutamakan panggilan Mu..berikan kekuatan untuk mereka berubah kearahMu..jangan Kau bebankan mereka dengan sesuatu yang tidak mampu mereka tanggung..sinari hati mereka dengan cahayaMu..agar nanti mereka akan lebih mengasihiMu dan berharap hanya padaMu dalam usaha menuju syurgaMu..
terimalah permintaan dan doa ini duhai illahi rabbi..
mahu berkongsi gambar sepanjang program :)
barisan fasilitator yang terlibat :)
antara aktiviti LDK
nak duit, kene minx sign dlu ye..hehe
cari dik..sampai jumpa :)
riadhah :)
cuba teka apa ada dalam tin tu..eheh
priiiiiittttt…teman istimewa saya..cik wisel.. :)..antara gelagat kami
(teringat main kejar-kejar ngan cik syib ;p)
gambar feveret saya..hasil edit adik haidatul..sweet kn :)
p/s : c hijau saya batuk batuk..kena p anta hospital..inchik waja pulak jadi teman p keje..T__T
ramadhan minggu depan..tak sabarnye..
terharu dengan surat yang dikirim adik faten najjah dan maria..tunggu surat balasan ye :)
berfikir bila mau berenti kerja..hermmm..
sori cik fatin..tertinggal..suda diedit dn diboldkn..haha
nama aku mmg de..sentap ah cmni!
BalasPadambagus ama ni mengikut arahan..hak3
BalasPadam