Selasa, 5 Oktober 2010

apa ada pada cinta..


"cinta tu apa?" persoalan yang dilontarkan laila membuat insyirah berfikir..soalan yang cukup simbolik buatnya..cinta yang penuh persoalan..cukup subjektif untuk diperkatakan..

"cinta tu subjektif..setiap orang ada falsafah masing-masing tentang cinta ni..awak pun mesti ada pendapat sendiri tentang cinta kan.." insyirah senyum..laila mengangguk..

persoalan cinta, kasih dan sayang pasti tidak lari dari kita sebagai manusia..kenapa Allah ciptakan cinta? kerana cinta itu membawa bahagia..segalanya dirasakan indah saat hati dilamun cinta..wah, sangat hebat kn penangan cinta tak bermata ni..

Bila ditanya cinta yang indah itu yang bagaimana? pasti semua tahu jawapannya..cinta Allah yang abadi..cinta hakiki yang menatijahkan kesenangan dan kebahagiaan abadi..tapi benarkah cinta Allah itu didambakan? melihat kepada perlakuan kita yang kadangkala lupa pada Dia..

betapa Allah itu Maha Penyayang..banyak manapun dosa kita..Allah masih Maha Pengampun..betapa banyaknya nikmat yang dikurniakan tanpa berkira pada kita biarpun kita sering lalai menunaikan perintahNya..betapa Maha Pemurahnya Allah..

manusia boleh hilang arah bila jatuh cinta..dia akan melakukan apa saja biarpun diluar kemampuan diri untuk si dia yang dicintai..dasyat kan..dan kita kata kita mahu cinta Allah..adakah perlakuan kita membuktikan cinta itu? jarang sekali perbuatan dari kekasih untuk kekasih diaplikasikan dalam mencari cinta Allah..jauhnya kita dari cinta tu kan..

bila kita cinta Allah, segala yang dilakukan hanya kerana Dia..patuh dan tunduk pada perintahNya..berusaha untuk menjauhi perkara yang Allah tak suke..supaya Allah pun cinta kita..

bahagia kan bila rasa dicintai..rasailah kebahagian itu bila bercinta denganNya..semoga sentiasa dicintaiNya..



p/s:tak terniat nk wat entri panjang-panjang..sekadar mahu bercerita tentang cinta..

tingat entri lame pasal vice versa..sila tengok sini

sakit memendam rasa..huhu

kekadang(bila mood tga mls stdy) tepk nk kawen je..tak yah study..hehe..tapi ad ke calon?? hoho

tengok kt wall fb ikmal(ex ank murid..hoho)..cntik kn..hehe

(¯`v´¯)
`·.¸.·´
¸.·´¸.·¨) ¸.·¨)
(¸.·´ (¸.·´ (¸.·¨¯`Enhanced by Smiley Central

ℓ٥ﻻ ﻉ√٥υ f٥гﻉ√ﻉг..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan