Ahad, 7 Mac 2010

selamat tinggal impianku (sambungan maafkan saya)

Cinta Dunia VS Cinta Akhirat

Insyirah mengucup tenang Al-Quran yang dibacanya tadi. Kini hatinya lapang selapangnya. Baginya, tiada lagi istilah cinta manusia yang menipu itu. Cinta yang penuh noda dan dosa. Malu rasanya bila mengingat apa yang pernah dilakukannya dulu. Biarlah segalanya menjadi sebahagian kenangan dan pengajaran buatnya. Keputusan yang dibuat nekad itu setelah dia belajar di sini, di tempat yang suatu ketika dulu bukan meletakkan cita-citanya yang ditanam sejak kecil. Tapi kini, hatinya redha dan bersyukur teramat kerana mampu dan berpeluang berada di sini, di bumi tarbiyah ini, yang mengajar hati dan dirinya untuk terus bermujahadah ke jalanNya.


Insyirah masih ingat detik itu. Kalau dulu, bila diingat pasti hatinya akan kecewa, terkilan dan sedih. Tapi kini, dia hanya tersenyum dan bersyukur kerana tidak terbang ke sana. Syukur Ya Allah.


“syirah, tahniah! Awak dapat Maktab Sarawak. Saya dah agak awak mesti dapat punya,” suara ceria di sebelah sana menggamit senyuman di wajahnya.


“ yeke Liana, Alhamdulillah. Awak dapat tak?” insyirah bertanya kembali sahabat seperjuangan di bangku sekolah dulu.


“dapat kat penang, Alhamdulillah,” Liana menjawab soalan sahabatnya dengan girang. Seronok hatinya bila impian yang sama-sama dipatri suatu ketika dulu bakal menjadi kenyataan. Mereka berbual mesra sebelum mengakhirkan perbualan telefon itu.


Kini, insyirah dalam dilemma. Sama ada mahu bertukar terus ke maktab Sarawak atau meneruskan langkah di tempat ini. Sedangkan baru sebentar tadi dia mendaftar masuk, hatinya menjerit mahu keluar menurut kehendak impian yang sekian lama dibina. Tanpa berlengah, terus didail nombor mamanya. Mahu mengkhabarkan berita yang gembira baginya.


“betul ke kakak ni, Sarawak tu jauh la. Mama kat Gua Musang dah ni. Kamu nak pergi ke?” Puan Aisyah bertanya risau.


“nak lah mama, ni impian akak. Akak nak pergi juga,” insyirah menyatakan keputusannya dengan tegas. Dia tak peduli apa orang akan kata atau apa akan jadi. Yang penting baginya, impian itu dapat dilaksana. Setelah berbincang beberapa ketika, Puan Aisyah berkeputusan untuk kembali menemui anak sulungnya itu.


Malam itu selesai satu hari minggu suai kenal, insyirah tidak tidur lena. Masih memikir benar atau tidak apa yang akan dilakukan. Masih benar-benar dalam dilemma. Kata hatinya berperang satu sama lain. Sungguh, dia sangat keliru.


Argh, ni memang cita-cita aku. Jauh macam mana sekalipun, aku tetap akan pergi.


Kau tak kesian ke dengan mama dan abah?? Mereka pusing kembali dari Gua Musang. Kau ingat dekat?? Kau tak takut ke duduk jauh-jauh dengan keluarga?? Sudahlah 5 tahun kau tinggal asrama. Takkan masih mahu belajar jauh-jauh??


Alah, orang lain pun sama je. Elok je ngan family diorg. Kau jangan cuba musnahkan impian. Aku tetap akan pergi.


Betul kau tak peduli semua tu??


Hatinya rimas dengan bicara hati nya yang berbelah bagi. Dia akui, rasa bersalah tetap menggigit sanubarinya. Bersalah kerana memaksa ibu bapanya berpusing kembali untuk mengambilnya kembali semata-mata mahu memenuhi impiannya yang satu itu. Argh, dia malas ambil pusing lagi, dicuba juga untuk dilelapkan mata yang kantuk itu.


Pagi itu, dia bangun awal. Memenuhi tentative minggu suai kenal yang dilalui. Sama-sama teman-teman baru untuk bangun qiyamullail. Dan terus melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. Sungguh, tika itu, hatinya cukup tidak selesa berada disitu. Pembawakan program yang agak syadid yang tidak dapat diterima dirinya. Hatinya membentak mahu cepat keluar. Sudahlah datang jauh-jauh, asyik dimarah saja, entah mana silap di mata kakak-kakak dan abang-abang ni pun dia tak faham. Perlu ke untuk dimarah hanya kerana tidak memakai stongan? ? Tak boleh ke ditegur dengan cara baik??


Hari ke-3 dia disitu, dia dipanggil ketika sedang menerima taklimat kursus. Kak ain membawanya keluar dan dilihatnya mama dan abah menanti di bawah pokok. Hatinya seronok, sebentar lagi dia akan keluar dari tempat yang tidak disukai ini. Terus dicium tangan ibu bapanya.


“kakak betul-betul nak pergi ke? Jauhla kak, Sarawak yang kat pedalaman tu,” Puan Aisyah cuba memujuk anaknya untuk mengubah fikiran.


“yelah mama, ni cita-cita akak. Peluang datang sekali je.” Insyirah menyatakan tegas pendiriannya.


“syirah jangan macam tu, mama syirah risau syirah pergi sana. Ingat dik, redha ibu bapa tu penting. Kalau syirah pergi sana, tak ada redha mak ayah syira belum tentu syirah boleh berjaya. Hidup kat sana bukan macam sini, hari tu akak pergi Sarawak sebab ada program susah nak jumpa masjid. Fikir elok-elok dulu ye,” kak Ain cuba untuk memancingnya.


“akak nk pergi juga. Mama ni cita-cita n impian akak, kat sini pun bukan akak boleh bawak. Akak tak suka Bahasa Arab, nanti kalau akak gagal mama marah,” syirah menjawab dengan suara yang dikawal tangisnya agar tidak terhambur keluar.


“tak, mama tak marah, kakak cuba dulu. Sarawak tu jauh, tempat yang kakak dapat tu kena naik flight 2 kali.” Puan Aisyah masih mencuba untuk memujuk, hatinya tiba-tiba sebak. Takut untuk melepaskan anak sulungnya itu pergi jauh. Tanpa disedari air matanya gugur juga.


“akak nak pergi juga. Mama tolonglah, akak nak pergi,” akhirnya Insyirah kalah, air matanya gugur juga. Hatinya membentak kenapa semua orang tak nak faham apa yang dia mahu?


“tak susah dik, kat sini semua pensyarah baik-baik. Senang je dik, cuba dulu. Mama ayah adik hantar adik sini dengan harapan, takkan nak hancurkan macam tu je? Adik kat sana tu nanti tak ada siapa boleh tolong. Saudara mara pun tak ada,” kak Ain masih cuba memujuk. Sayang sungguh andai Insyirah pergi meninggalkan bumi tarbiyah ini.


“nanti kakak nak pergi kelas pun kena naik sampan, nanti balik kakak dah tak pandai bawak kereta,” Puan Aisyah memujuk lagi, cuba untuk memancing anaknya.


“alah, kalau kat sini pun sama, kat rumah pun bukan mama bagi akak bawak. Ma, akak tak kisah pasal lesen tu. Akak nak pergi. Ma kat sini ada Bahasa Arab, akak tak suka,” Insyirah tetap dengan pendiriannya. Ya Allah, tolong hambaMu ini, aku mahu pergi.


“kakak belajar je sini, nanti dah sambung K.L abah belikan kereta,” Encik Kamal bersuara setelah menjadi pemerhati.


Insyirah mencebik “abah cakap je lebih, bukan dapat pun nanti,”


“dapat, belajar je sini.” Encik Kamal cuba meyakinkan anaknya.


Dan akhirnya, dia tinggal disitu dengan berjuraian air mata selepas ibu bapanya memujuk. Sungguh, saat itu tiada perkataan yang mampu menafsir perasaannya. Hatinya kecewa dan terkilan bukan kepalang. Cita-cita dan impian yang ditanam sedari kecil musnah begitu saja. Ya Rabbi, tabahkan hatiku. Sebelum mama dan abah pulang, sempat dititipkan buatnya pesanan dan doa. Menambah lagi sedih di hatinya.


Dirinya beralah selepas rasa bersalah kuat menyelubungi hati. Bersalah melihat air mata ibunya, selepas menyedari tinggi harapan ibu bapanya, meneyedari dia anak sulung yang perlu menjadi contoh untuk adik-adiknya, menyedari dia sangat menyayangi keluarganya, menyedari rezki Allah dimana-mana. Menyedari segala-galanya adalah dari Allah.


Selama dia hidup 18 tahun itu, tidak pernah dia melihat air mata mamanya gugur mencium pipi, tidak pernah juga dia dipeluk abahnyaselepas dia mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Dan ini pertama kalinya, setelah sekian lama. Betapa dia merasakan tinggi harapan ibu bapanya untuk melihat dia Berjaya. Biarlah kali ini dia beralah, sedang hatinya pedih menahan kecewa dan terkilan. Dipujuk juga hatinya agar tenang menghadapi segalanya.


Dia teringat mimpinya sebelum menjejak kaki ke tempat ini. Mimpi ketika selesai solat istikharah memohon petunjuk Rabbi arah tuju hidupnya nanti. Mungkin inilah jawapannya. Ya Azim andai engkau mentakdirkan aku disini, redhakan hatiku dan permudahkan perjalanan ku disini. Ya Rahman, aku kecewa, aku terkilan, aku sedih, tapi aku tahu setiap yang engkau takdirkan pasti punya hikmah yang tak aku ketahui. Tenangkan hatiku Ya Karim.


Dan kini, dia sangat bersyukur kerana hikmah itu jelas buat dirinya. Hubungannya bersama keluarga semakin rapat, dia didekatkan dengan cahaya dan jalan hidup Islam yang hakiki. Bahasa Arab yang dianggap susah suatu ketika dulu kini menjadi mudah di matanya. Benar kata tokoh Sondra Anice Barnes : "ia menjadi susah apabila saya terpaksa, dan ia menjadi senang apabila saya mahu". dipujuk juga hatinya demi menggembirakan hati ibu bapanya. Alah bisa tegal biasa, akhirnya dia menerima segalanya dan mampu menukar istilah susah kepada mudah. Terima Kasih Ya Rahman, Terima kasih kerana menempatkan aku di bumi tarbiyah ini.Terima kasih kerana menjadikan aku sebahagian dari mahasiswa Akademi pengajian Islam Nilam Puri ini. Terima kasih walhamdulillah. Al-Quran yang dipegang sedari tadi diletak kembali ke tempatnya, membuka langkah untuk ke musolla Khadijah untuk solat Isyak berjemaah.


p/s : sambungan cerpen maafkan saya yang lepas, maaf kalau tidak memuaskan..hanya sekadar mencuba.

cerita benar yang sedikit diedit dan diubah nama watak dan situasi atas sebab peribadi..ambil pengajaran mana yang baik di situ ye..

esok exam paper last..lepas tu balik..Ya Allah, permudahkan urusanku..bas, flight o kete??? herm.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan