Khamis, 10 September 2009

semester 3 yang berakhir...


Semakin bertambah hari, maka bertambah jugalah umur yang dilalui..Persoalannya, sejauh mana umur-umur yang dilalui dimanfaat sebaiknya...Alhamdulillah, dengan nikmat yang diberiNya, aku masih mampu hidup dengan baik dan melalui 3 semester dengan baik dan jayanya...berakhirnya 3 semester menandakan tinggal 1 lagi semester yang perlu dilalui dan selepas itu?? aku akan meneruskan langkah, menetapkan cita demi satu matlamat di UM KL nanti..doakan kita sama-sama berjaya...


Semester 3..hmm, a semester that make me know what life is..a semester that tought me about responsibility and solve problem maturely..a very special semester for me..a semester that full with memory...

Seronok rasanya bila memikirkan aku hampir menghabiskan sesi pengajian di kelantan ni..lepas ni, bolehlah aku balik tiap minggu..hehehe..hmm..sekadar nk berkongsi cerita, semester 3 di apium np ini..ditakdirkan Allah, aku ditaklifkan untuk memegang majmuahku as Mas'ulah(orang yang bertanggungjawab a.k.a asst group leader) satu tugas yang agak berat aku kira...saat perlantikan, aku punya misi untuk majmuahku..Aku ingin majmuahku sentiasa berada di depan..depan dalam segala segi...tapi untuk arah itu, aku harus menempuh dugaan yang pelbagai...



pernah suatu ketika aku terduduk akibat kepenatan..mengalir air mata ini kerana tidak tahan..namun aku tahu, segalanya adalah suatu tanda kasih sayang Allah..Allah tidak akan membebankan hambanya sesuai berdasarkan kemampuan hambanya..lantas aku bangkit dan menyedari bahawa aku punya ramai sahabat yang sentiasa ada disisi..terima kasih Ya Rabb..kepenatan aku kerana penat ingin memenuhi kehendak semua, penat memikir pelbagai perkara..dan saat semester ini juga aku diuji dengan sakit ayahku..menambahkan lagi bebanan di kepala ku...zahirnya, aku dilihat kuat, tegas dan mampu melalui apa sahaja...tapi hakikatnya...Allah saja yang tahu...Alhamdulillah segalanya aku mampu lalui sebaiknya atas pergantungan yang tinggi padaNya yang satu..juga aku beruntung dan berbangga kerana ditakdirkan bertemu dan bersahabat dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memahami dalam setiap ketika..terima kasih sahabat sekalian..kalian adalah yang terbaik...

Saat semester ini berjalan juga aku tahu banyak sungguh kelemahan dan kepincangan yang berlaku..dan tiap kepincangan yang berlaku biasanya akan berpusing kembali pada pemimpinnya..bagaimana kepincangan yang berlaku itu terhasil akibat kelemahan pemimpin..maafkan diri ini sahabat sekalian, sesungguhnya aku tak mampu lari dari melakukan kesilapan kerana aku bukan nabi yang maksum...aku hanya insan biasa yang segalanya milik Yang Esa..namun aku sudah usaha sedaya mampu untuk memberikan yang terbaik buat kalian kerana kalian adalah yang terbaik..dan sungguh rasa bangga kerana mempunyai ahli majmuah dan sahabat seperti kalian..





ok, dah habis sesi perkongsian cerita..7 september 2007..tugas aku berakhir di tarikh itu..kelas ku mengadakan muktamar...sesi lantikan pimpinan baru...setelah diundi berdasarkan sistem demokrasi, satu majmuah sebulat suara melantik Sakinah sebagai penggantiku..sebagai pembantu kepada Ahmad Muhammad(pengganti Meor Farid)..tahniah sahabatku..teruskan perjuangan, jangan patah semangat kerana kami sentiasa ada dibelakang mendukung untuk terus berdiri teguh..maaf andai terpaksa membetulkan kelemahan dan kepincangan yang telah aku lakukan..buat sahabat yang lain..jangan anggap anda tidak punya tanggungjawab kerana anda tidak ada jawatan tapi anda punya tanggungjawab untuk terus memajukan majmuah kita..


hmm, nk berkongsi sedikit aktiviti majmuahku sepanjang semester 3 ini..di awal semester kami diarahkan untuk membuat pembentangan tokoh..tokoh yang perlu dibentangkan adalah Tok Kenali, seorang ulama besar di Kelantan suatu ketika dulu..dan tangan yang bertuah ini mencabut undian yang akhirnya kami menjadi giliran yang pertama(ada hikmah sebenarnya walaupun at first agak cuak..huhu)..selepas itu kami menyertai piala pengetua..kerana hikmah ukhuwah yang kuat, Alhamdulillah, kami menjadi juara dalam permainan bola jaring dan bola tampar serta tempat ke-3 dalam tarik tali..selepas tamat piala pengetua, kami dikejutkan dengan berita sahabat kami Khairun Nazrah yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Lembah Klang(institut bahasa) lalu kami merancang untuk mengadakan sedikit majlis perpisahan di KFC(actually, nak buat majlis hari jadi tapi dah tertukar motif)..kami hadiahkan teddy bear dan bantal love untuknya..semoga terus sukses sahabatku..dan di hujung semester, kami mengadakan program Pro-Murni di Rumah Puteri Harapan, Pengkalan Chepa..suatu kenangan yang amat indah...banyak lagi aktiviti tapi tak mampu dinukilkan..biarlah ia tersimpan kemas di sanubari..

Thanx to all my dearest friend for being there whenever i need you..Ya Allah, kau teguhkan hati-hati kami dalam perjuangan menuntut ilmuMu yang tidak bertepi ini..sesungguhnya kami tidak punya apa-apa kerana segalanya milikMu..siapalah kami andai tidak diiringi redhaMu dalam hidup ini...Ya Rahman, eratkan silaturrahim ini seerat simpulan tali yang kuat dan utuh..jangan Kau biar kami bergaduh kerana segalanya adalah ketentuanMu juga..Ya Azim..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan