Khamis, 17 September 2009
selamat tinggal Ramadhan, selamat datang Syawal...
Selasa, 15 September 2009
sedihnyeee....
semoga 3 hari yang tinggal ini akan dilalui sebaiknya..semoga kita beroleh keberkatan di bulan mubarak yang tinggal ini...syawal yang dirai, sambutlah dengan sederhana..ziarah menziarahi terus dijadikan amalan dan maaf memaafi sentiasa diberi...semoga lebaran terus memberi 1001 makna buat kita semua...mohon maaf andai ada yang pernah terasa hati dengan diri ini....jaluk nga puro sing akih2 ya..
sekadar berkongsi: ada seseorang yang beri pesanan ini melalui YM..baca dan hayati ye..
“Anakku, ingatkan kamu pesan ulama Rabbani, jangan kamu menanam pohonan syurga dengan benih-benih neraka?” Mengerjakan solat dengan kesungguhan tetapi tahajud langsung tidak membantu mendekatkan diri kepada Allah. Hanya tahajud, hanya gerakan badan, sedangkan hati tidak bersama-sama. Hanya bangun di malam hari sedangkan simbahan cahaya pada mata hati redup sekali. Bacaan al-Quran yang hanya menjadi gerakan bibir dan basahan lidah sedangkan akal tidak mengerti dan jiwa semakin kontang. Hanya zikir yang terlafaz sedangkan mata tidak menangis. Hanya merenung dosa dengan ingat-ingatan bukannya dengan jiwa dan rasa mendalam
Isnin, 14 September 2009
aku dan kuih raya..
hmm..balik rumah ni sepatutnya aku habiskan dengan baca buku memandangkan exam is around da corner..but then, lain pulak jadinya...mama minta aku untuk siapkan 1 jenis kuih raya cz kat rumah tggl aku sorg je...but its ok..disebabkan mama dh belikan buble rice n coklat, so aku pun dgn senang hati siapkan kuih ni..(ni kuih raya paling simple..hehe)..
anis yang mmg rajin suruh orang buat kuih( seb bek dy rajin tlg..huhu)
ari ahad, mama buat popia..tapi popia ni lain sikit...lbh kurg cm kopok gak..cz ad perisa..hmm, t law x smpt abes, akn dibawa ke klntn..
walaupun suasana raya itu sudah terasa, namun aku masih tak boleh lari dari tanggungjawab sebenar aku as a student...kne stdy beb..aku mst naikkan lagi ponter aku..untuk itu, aku mst stdy smart..tapi..ssh actually nk stdy kat rumah ini especially bila ada gendut a.k.a amir fikri(my only one brother)..hehe, asek nk men je ngan dy...amir, pas ni jgn kacau akak nk stdy...huhuhu
hmm..gud luck to all my fellow friend, blik umah jgn lpe stdy..pas blik ni kite ad exam then, baru bley raye puas-puas..hehehe..salam lebaran untuk semua..semoga 4 ramadan yang tinggal ini dimanfaat sebaiknya..adios..
p/s: raya ni jmput dtg umah..
Khamis, 10 September 2009
semester 3 yang berakhir...
hari yang happy
bila lah nk start ni...
tahniah dik..semoga terus bertuah..
ngan adik-adik..sebelah tu fira..
angkat jgn x angkat...(masa baru sampai)
hmm...seperti yang dijanjikan...entri kali ini dimasukkan sikit gambar masa Pro-murni berlangsung..tak dapat masukkan semua cz byk sgt..jd hanya sikit je yang mampu..sekadar perkongsian..
Ahad, 6 September 2009
1 cerita, sebuah memori tercipta..
Alhamdulillah majmuah 8 berjaya mengadakan program di rumah anak yatim pengkalan chepa dan yang paling istimewa, ia terjadi di tarikh hari kelahiranku dan ia satu hadiah paling bermakna dalam hidupku..hadiah yang mungkin tak mampu aku dapat dimana-mana..hadiah yang sangat-sangat istimewa...
Kami bertolak jam 7.30 pagi..sampai disana kami disambut dengan muka ceria penghuni di sana..program bermula dengan pendaftaran, kemudian pembahagian kumpulan..aku ditugaskan menjaga kumpulan 10..melihat muka mereka terasa sayu di hati..dan aku agak cemburu dengan mereka..mereka diberi nikmat yang sangat istimewa..nikmat ujian untuk manusia yang beriman..x mampu aku bayangkan sekiranya aku ditempat mereka..
program diteruskan dengan sedit permainan dan tayangan video..seronok rasanya melihat muka mereka yang ceria saat bermain..mereka dibenarkan rehat untuk seketika..aku diajak naik oleh salah seorang peserta kebilik mereka..terharu bila menerima layanan baik mereka..saat itu sungguh aku teringat pada adik-adikku dirumah(xpe, jummat ni sampai umah..hehe)..lepas rehat, kami solat berjemaah di dewan arafah, dan bermula sesi tadarus..aku memilih untuk mengajar adik-adik yang masih bertatih membaca iqra'..usai membaca, kami bersembang...disinilah aku mula mengetahui pelbagai cerita..seterusnya bermula lah LDK 1 dan 2..alhamdulillah kerjasama diberikan cukup baik..semoga pengisian yang diberikan juga diambil dengan baik..
kemudian kami solat asar berjemaah..usai solat, kami bermain pengkhianat..(masa ni ad bekeng ckit..hehe..sori dik) macam2 jenis peta terlukis..tahniah buat pengkhianat...hehe..kemudian kami berkmpul..rupa-rupanya, ada salah seorang peserta yang sama tarikh lahir(Fatin Nadhira)..aku maklumkan pada radi dan kami berama-ramai menyanyikan lagu 'ALLAH SELAMATKAN KAMU'..ingat nak senyap-senyap je tarikh sendiri tapi akhirnya bocor juga..kemudian sambung pula nyanyikan untuk aku..malu dan terharu rasanya..tapi ini antara pengalaman trmanis untukku..kemudian kami bersiap untuk berbuka dengan tamar dan segelas air..solat maghrib berjemaah dan langsung berbuka nasi dan lauk pauk(masa ni makan nasi kawah sama dengan adik-adik..tingat zaman skolah dulu)..
usai makan, aku diajak berbual dengan mereka..fatiha, faizah, shafira, husna n ramai lagi..mereka menghalang kami balik..terharu rasa, takpe dik..nnti kami dtg lagi ye..tunggu kami..mse ni lah sesi memberi biodata untuk setiap fasi..lalu diteruskan dengan slot sharing moment by Zikri selepas selesai solat isyak dan terawih berjemaah, saat ni baru aku tahu faizah kehilngn kedua ibu bapanya..sabar ye dik..kamu insan terpilih...Zikri bercerita tentang ayah yang sakit..sungguh aku juga teringat pada ayahku yangsakit..dan sungguh aku juga takut kehilangan..tapi ak tahu, ak harus bersedia..kemudian bas sampai dan kami terpaksa balik..lambaian selamt tinggal mengiringi kami..semoga pertemuan ini membawa beribu erti bagi kami dan mereka..
tahniah diucapkan kepada semua ahli majmuah 8 terutama badan pelaksana..buat adik-adik, jangan cepat putus asa..kalian adalah insan pilihan yang tersangat istimewa..kalian sentiasa dihati..Ya Allah yang maha pengasih, Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas jiwa-juwa suci ini..Kau berikan hidayah dan kekuatan buat mereka untuk terus menempuh dunia Mu yang menipu..Lindungi mereka dengan kasih sayangMu..ENgkau yang Maha Mengetahu lagi Maha Penyayang...
p/s: gambar akan dimasukkan untuk entri akan datang...ada plan nk g jupe diorg sblm balik..sape nk ikot?..hehe