Jumaat, 31 Julai 2009

H1N1??!! melanda UM_NP

bakal doktor ke??

H1N1?? wabak yang sedang melanda masyarakat Malaysia kini dan digeruni semua. Masuk hari ni, dah 4 orang yang meninggal akibat wabak ini. Dan baru ni, sahabat sendiri terkena wabak yang ditakuti ini, kesian, risau dan bermacam rasa ada.. habis satu kelas dikuarantin hari rabu baru ni.. Kami diperiksa dengan teliti.. Takut ada mangsa kedua..huhu.. Dan akhirnya habis satu APIUM dikuarantin skali..kami ta dibenarkan keluar dari kawasan kampus apatah lagi dibenarkan balik...jauh sekali.. Tapi diharapkan dengan kuarantin ini tidak ada mangsa seterusnya dan semoga sahabat di hospital semakin sembuh..syafakallah..insyaallah..
posing tetap posing..hehe


Sahabat sekalian, renung kembali kenapa Allah turunkan wabak ini kepada Umat Islam di Malaysia ini.. Ada kemungkinan besar kita seringkali lupa untuk mengingati Allah yang Maha Agung.. Ad satu hadis nabi,(maaf tak berapa ingat bagaimana bunyi hadis yang sebenar) yang mengatakan bahawa Allah akan melanda sesuatu kaum yang menjauhkan diri dengan Allah dengan sesuatu wabak yang belum pernah ditimpa mana-mana kaum sebelum ini.. Jadi wahai sahabat sekalian.. Muhasabah kembali diri, sejauh mana kita mengingati Allah dalam kehidupan seharian kita..


siapa aku??

Ada satu kisah diantara majikan dan pekerja.. Dalam kawasan pembinaan bangunan, seorang majikan ingin memanggil pekerjanya yang di bawah.. Setelah puas melaung-laung memanggil pekerja yang di bawah, pekerja masih tidak memandang dek kerana kebisingan kawasan tersebut. Lalu majikan tersebut mendapat idea dengan membaling syiling.. tapi pekerja tersebut masih tidak memndang bahkan mengambil syiling tersebut. Majikan membaling lagi.. dan pekerja masih tidak memandang, lalu akhirnya majikan membaling batu... dek kerana sakit, pekerja tersebut memandang ke atas mencari gerangan siapa yang membaling batu.. dan akhirnya majikan tersebut mampu menyampaikan pesanan. begitulah cara Allah ingin menegur kita..Akibat terlalu banyak nikmat yang diberi kita alpa dan lupa untuk bersyukur padaNya.. dan sesunggunhya ujian itu adalah tanda kasih sayangNya yang tidak pernah padam..

ada nampak cam senyum tak?? eheh


Semoga kita sentiasa menjadi kecintaan illahi Rabbi..AMIN











Tiada ulasan:

Catat Ulasan