Rabu, 17 November 2010
lets work together
aritu ada sorang teman kenalkan saya lagu ni..siyes, tak penah taw ada lagu macam ni wujud kat dunia ni..bila saya dengar je terus tegelak..hahaha..terasa macam comey lak lagu ni..liriknye sangat ok..tapi bila dengar rentak dy..haha..rase mcm mau goyang2 kepala..hehe
sila dgr ye..(pesanan teman saya, dengar dan angguk2 kepala..hehe)
p/s: nama teman tidak dapat ditulis untuk mengelakkan kontroversi..hoho
malasnya nak balik kolej..huhu
exam sangat sudah dekat..risaunyeeeee...
cerita intan..hehe
ok, entri ni sangat spesel for my beloved best friend..cik intan thuraiya..she is my best friend since we were schooled..macam-macam dah kami lalui bersama..n macam-macam cerita juga kami kongsi sama-sama..rindu sangat sama die..oh, teha n seha juga bestfriend da best saye..hehe
16 Nov 1990 adalah besday cik intan ni..teringat zaman sekolah dulu..makcik ni sangat tak suke minum susu..kami penah becadang nak bagi 1 dozen soya untuk dia minum..haha, tapi memandangkan tiap kali besday die is cuti skolah..so, plan itu hanya tinggal plan..hehe
cik intan yang ala-ala ayu gitu..ngeh3untuk intan yang diingati..semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya..semoga rahmat ALlah sentiasa mengiringi kamu..ama doakan ukhwah lillahitaala ini berkekalan hingga akhirnya..sayang kamu (^_^)
p/s: exam oo exam..huhu
cepatnya dh nk minggu depan..
pertimbangan tempat yang seswai..hermm..
Selasa, 16 November 2010
pesanan buat ku dan kamu..
bila baca artikel ni kat iluvislam, ia sangat-sangat masuk ke jiwa..oh, sangat terase..pesanan ini buat para muslimah yang dikasihi..sila baca..(oh ya, baca dengan khusyuk tanpa gangguan ye. eheh, kalau bole pasang sound effect..ahahaha)

Kepadamu wanita..agar dikau bahagia
Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
jom sama-sama berusaha untuk ini..moga menjadi kecintaan Illahi..
exam sangat-sangat dekat..tapi xsedar diri...jalan je keje..adeh..
pesanan penaja : gosip membahayakan kesihatan..hehe
Khamis, 11 November 2010
tahniah..
berita hari ni cerita pasal UPSR untuk mereka-mereka yang mendudukinya..dan peningkatan calon yang dapat straight A sangat ramai..staright a means 5A!..seramai 48 327 orang!..fuh, sangat ramai..(menandakan semakin ramai yang bijak pandai hari ni..hehe)..nak taw lebih pasal berita ni sila pergi ke utusan on9
dan antara mereka yang meramaikan jumlah calon cemerlang tu is my lil brother..tahniah abang..teruskan lagi kecemerlangan tu..
p/s: dengan berlagaknye, gendut ni berkata "aku dapat pecut ko" ceh..
tiap pagi study ngan chores umah..huhu
tggl semggu ag nak exam..alamak..
bile la nk survey tmpt ni..
untuk kamu yang berkenaan, sila jangan kacau saya!
Isnin, 8 November 2010
kekuasaan Dia
subhanallah..ungkapan yang hanya ditujukan buat Dia, pencipta alam ini..setiap yang dijadikan punya hikmah yang tak terjangkau dek akal..tiada yang mampu menandingiNya..kerdil terasa diri ini saat berhadapan denganNya..
sila baca ini di Iluvislam..betapa hebatnya kekuasaan Dia yang mengatur alam ini..jadi jom solat di awal waktu (^_^)
~apa hebatnya solat di awal waktu~
slmt membaca..
p/s: saja nk tmbh entri..hehe
dah jupe korean drama tuk ditengok pas exam..oh cepatla exam.:P
study, study n study
bile nk survey tmpt ek..hurm..
Khamis, 4 November 2010
terbang tinggi
masa godek-godek isi netbook ni, ternampak folder lirik n lagu ni..suke lirik nye..paling bermakna ayat ni :
jangan benci pada yang tak mengertinya..kasihanlah pada yang tak menghayatinyadengar ye..
Terbang Tinggi -Yassin-
Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki
Cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi
Seperti mereka yang telah merasaTerbang tinggi apa pengertiannya
Hidupnya bagaikan insan yang asing
Si musafir berkelana di bumi yang lain
Tiada bermegah tidak terlalu lemah
Sebaik perkara yang sederhana
Katakan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka
Jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya
Jangan caci pada si dia hina
Jangan benci pada yang tak mengertinya
Kasihanilah dia yang tak menghayatinya
Jangan takut kiranya kau berbeza
Perbezaanya kita ilmu dan sikah
Mungkin kelak kau akn mengertinya
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka
Jangan sesal jangan kesal
Jangan kesal jangan sesal
Terima dirimu seadanya Dan terbang tinggi dilangit yg luas
tadi membaca cerpen nafas cinta insyirah di i luvislam..tertarik dengan sajak yang ada..moga di hati kita ada cita-cita untuk menjadi seperti itu..
Aku Cuma An-Nisaa
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
p/s: terpk nk sambung cerpen yang lamaaa tergendala..adeh, kemalasan menghantui diri..hoho
yuran kolej tersilap? akan dipulangkan kembali nanti..herm..rezeki, alhamdulillah..
adeh, kem kepimpinan makin hampir..1 apa xbuat lagi..
tawaran untuk kem insan rabbani II oleh cikgu nazam..hermmmm...
Selasa, 2 November 2010
good luck
memandangkan sekarang adalah musim exam untuk sume student especially student UM..wanna wish all of u bez of luck..study week yg disediakan 3 minggu ni kite study smpai lebam..hohoho..
oh ya, tadi jalan2 kt u tube then dgr lagu ni..best n kne sgt ngan sume yang sedang nk amek exam..good luck n enjoice (^_^)
p/s: risau perasaan risau xde..adeh..
study mood (T___T)
kancil masuk ward..bile la nk ok..huhu
good luck sume
Ahad, 31 Oktober 2010
Sambung cerita lagi
Salam semua..
Oh, sambung lagi cerita tadi..lepas berkayak, menjenguk sekejap ke kps..berlangsungnya pendekar seabad 6..seharian di sana..melunaskan janji untuk teman cik zati..hilang rasa serba salah..hehe..oh, yang seronok murah rezki malam tu dapat makan pizza hut..time kaseh kepada yang belanja (^-^)..
tengok gamba la ye..
Suasana gelanggang untuk olahraga
aiyakkk..
2 gadis manis..pendekar sailormoon..ahaks..jangan mara gee n fara
Peace (^_^)
p/s: enset bateri wat hal..geram betul..
cik syib kate saya suke ase serba salah..n saya jawab, memang dilahirkan untuk serba salah kot (T___T)
terkilan bila tengok mereka atas gelanggang..oh, xde rezki..mungkin next time..huhu
good luck sume..
oh, u..thanx ek..huhu
study week la
pejam celik, pejam celik dah habis akhirnya 1 semester menuntut ilmu di UM ni..macam-macam cerita ada..dan sekarang, time for study week..oh, 1st time in my life study week smpai 3 minggu..huhu..tapi ok kot..revision smpai muntah..hohoho..
ok2 back to real story than..sabtu lepas, sukmum untuk acara kayak diadakan..oh, i'm one of the kayakers for kuaz..kolej 11..hehe..main untuk acara 2000m 4 kali pusingan di tasik varsiti..oh, sgt penat..menggigil abes tangan..hoho..
n the result, xtaw la..kalah menang adat kn..hehe..
p/s: 1st time men kayak for pertandingan..new experience..hehe
